awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sports Direct lancar cawangan ke-28 di Bukit Bintang

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
25/10/2017
09:15 MYT
Sports Direct lancar cawangan ke-28 di Bukit Bintang
Pelancaran Sports Direct Malaysia di Bukit Bintang disaksikan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell, Pengerusi InvestKL, Datuk Seri Michael K C Yam dan Presiden MOM, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar. - Foto Astro AWANI / IAN JOHAN
Bersukan atau menjalani aktiviti sihat bukan lagi satu perkara asing di Malaysia.
Ini terbukti apabila semakin banyak kedai-kedai peralatan dan kelengkapan sukan dibuka, selain semakin banyak kelab larian dan kumpulan senaman ditubuhkan di negara ini.
Bagi memenuhi kehendak dan keperluan golongan ini, gedung peralatan sukan terkemuka antarabangsa, Sports Direct Malaysia telah membuka sebuah cawangan baharu lima tingkat di Bukit Bintang, ibu negara.
Ia merupakan cawangan ke-28 Sports Direct di Malaysia sejak ia mula bersaing dalam pasaran barangan sukan di negara ini pada 2011.
Menurut Pengarah Urusan SportsDirect.com di Malaysia, Paul Gibbons, rakyat Malaysia tanpa mengira usia kini berminat menyertai aktiviti sukan berkumpulan seperti berbasikal, berlari, mendaki bukit dan juga aktiviti kecergasan yang lain.
“Kami melihat ada permintaan untuk kualiti kehidupan yang lebih baik dengan penekanan kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup yang menyumbang kepada peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti sukan.
“Menjadi aktif bukan lagi dianggap satu perkara yang remeh tetapi telah berkembang menjadi kegiatan yang bersifat inklusif yang dilakukan bersama dengan keluarga, sahabat dan jiran tetangga," kata Gibbons semasa pelancaran cawangan ke-28 Sports Direct Malaysia di Bukit Bintang pada Isnin.
Kejayaan Malaysia muncul juara Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur juga dijangka menyemarakkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk terus bersukan dan menjadi aktif hasil inspirasi dari atlet-atlet negara.
Pelancaran Sports Direct Malaysia oleh Gibbons di Bukit Bintang turut disaksikan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadell, Pengerusi InvestKL, Datuk Seri Michael K C Yam dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar.
Sports Direct yang berpangkalan di United Kingdom adalah kumpulan peruncitan British yang diasaskan pemilik kelab bola sepak Newcastle United, Mike Ashley.
Topic Berkaitan
#kesihatan
#Malaysia
#Michael K C Yam
#Mike Ashley
#Olimpik
#Paul Gibbons
#Pesuruhjaya Tinggi British
#rakyat
#Sports Direct
#Sports Direct Malaysia
#SportsDirect com
#sukan
#Sukan SEA
#Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar
#Vicki Treadell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan