[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
SPORTS

Spurs raih satu mata

Agensi 27/08/2016 | 15:07 MYT
Jaringan Danny Rose (kiri) pada minit ke-72 memastikan Tottenham Hotspur seri 1-1 ke atas Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di White Hart Lane di sini pada Sabtu malam. - Gambar AFP
Jaringan Danny Rose pada minit ke-72 memastikan Tottenham Hotspur seri 1-1 ke atas Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di White Hart Lane di sini pada Sabtu malam.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp mendahului 1-0 selepas James Milner menyempurnakan penalti pada minit ke-43 separuh masa pertama.
Penalti Liverpool diperolehi selepas pemain Tottenham Erik Lamela menjatuhkan Roberto Firmino di dalam kotak.
Berbaki 18 minit sebelum perlawanan tamat hantaran lintang Eric Dier berjaya disudahkan Rose hasil rembatan kencang kaki kirinya.
Keputusan itu menyaksikan Spurs meneruskan rekod tanpa kalah selepas mencatatkan dua keputusan seri dan satu kemenangan sejak Lga Perdana Inggeris bermula.
#Erik Dier #Liga Perdana Inggeris #Robert Firmino #Spurs #Tottenham Hotspur