KUALA LUMPUR: Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) telah diminta membentangkan rancangannya untuk ke Sukan Olimpik di Los Angeles (LA 2028) kepada anggota jawatankuasa Road To Gold (RTG) hujung tahun ini, atau awal tahun depan.
Presiden SRAM Gerard Monteiro berkata ia termasuk mengenal pasti empat pemain perseorangan lelaki dan empat pemain perseorangan wanita yang berpotensi untuk mewakili negara dalam LA 2028.
Beliau berkata antara pemain yang dilihat berpotensi ke temasya sukan terbesar dunia itu ialah dua juara Sukan Asia Hangzhou 2022 - Ng Eain Yow (perseorangan lelaki) dan S. Sivasangari (perseorangan wanita) - serta adik beradik Aifa Azman dan Aira.
"Kita akan mengenal pasti empat perseorangan lelaki dan empat pemain perseorangan wanita untuk kita asuh mulai sekarang sehingga Sukan Olimpik 2028.
"Ini bagi memastikan kita mempunyai pengganti sekiranya berlaku sebarang keadaan yang tidak diduga," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama dengan ahli jawatankuasa RTG, bersama dengan wakil Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara di sini, semalam.
Gerard berkata mereka juga akan berusaha membantu pemain-pemain berpotensi ini mencapai kedudukan dalam kelompok ranking 10 teratas dunia menjelang Sukan Olimpik 2028, sekali gus melayakkan mereka untuk menyertai program RTG.
Eain Yow dan Aifa kini menduduki kedudukan teratas negara masing-masing bagi kategori perseorangan lelaki dan wanita ranking dunia terkini, dengan Eain Yow berada di kedudukan ke-20, manakala Aifa berada di kedudukan ke-25.
Projek RTG yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) April lepas merupakan inisiatif kebangsaan yang bertujuan menyelaras usaha negara untuk memenangi pingat emas pertamanya di Sukan Olimpik, dengan tumpuan pada edisi Paris 2024 dan LA 2028.
Antara atlet yang sudah disenaraikan dalam program RTG ialah jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, juara beregu lelaki badminton dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dan atlet terjun Datuk Pandelela Rinong.
Pada 13 Okt lepas Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) meluluskan sukan skuasy (acara perseorangan) sebagai salah satu daripada lima sukan tambahan untuk disertakan dalam Sukan Olimpik 2028.
Empat sukan lain yang akan ditampilkan dalam LA 2028 ialah besbol/sofbol, kriket (T20), Flag football (varian bola sepak Amerika) dan lacrosse.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023
Gerard berkata, pihaknya juga akan berusaha membantu pemain-pemain berpotensi mencapai kedudukan dalam kelompok ranking 10 teratas dunia menjelang Sukan Olimpik 2028. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
SRAM diminta bentang rancangan ke Sukan Olimpik kepada Jawatankuasa RTG 2028
Ia termasuk mengenal pasti empat pemain perseorangan lelaki dan empat pemain perseorangan wanita yang berpotensi mewakili negara.
Eain Yow, Sivasangari jadi sandaran SRAM pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 - Maniam
Maniam optimis Eain Yow dan Sivasangari akan berada pada tahap kemuncak dan mampu jadi antara 10 pemain terbaik dunia menjelang LA2028.
Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.
SRAM terus usaha lahir lebih ramai 'Nicol David'
SRAM bersama Kementerian Pendidikan dan Yayasan CIMB telah mewujudkan program bukan hanya setakat di peringkat sekolah malah juga daerah.