PETALING JAYA: Peluncur ais muda sensasi negara C. Sree Abiraame, kini mengorak langkah lebih jauh dalam sukan itu apabila akan menjalani latihan selama tiga tahun bersama kelab luncur ais terkemuka Korea Selatan, The Skating Club Jewels.
Atlet berusia 10 tahun itu, akan berkelana ke negara tersebut dalam persediaan awalnya bagi melayakkan diri dalam Sukan Olimpik Remaja 2028 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2030.
Kedua-dua temasya itu, bagaimanapun hanya boleh disertai atlet cilik tersebut selepas umurnya usia 14 tahun.
"Saya bersedia untuk berlatih dengan gigih, biarpun di sana nanti latihannya memakan masa enam jam. Saya sudah biasa dengan tempoh latihan tersebut di sini," katanya ketika ditemui Bernama di Sunway Resort di sini, pada Isnin.
Sementara itu ayah kepada atlet tersebut B. Chendren, berkata Sree akan berlepas pada 1 Okt ini untuk memulakan latihan intensif di sana.
"Ini merupakan fasa ke empat persiapan Sree di pentas dunia, yang memerlukan latihan intensif tinggi selama enam jam sehari, enam hari seminggu dan wajibnya 36 hari, untuk kelayakan Kesatuan Luncur Ais Antarabangsa (ISU).
"Latihan di Malaysia maksimum selama dua jam dan kita tidak ada fasiliti lengkap seperti di sana. Latihan itu juga mempunyai jurulatih teknikal yang akan menganalisis prestasi Sree, dari semasa ke semasa," katanya.
Terdahulu, Sree mendapat tajaan berjumlah RM30,000 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan juga sumbangan daripada Yayasan Sime Darby berjumlah RM60,000, bagi membiayai kos latihan di sana.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
Atlet berusia 10 tahun itu, akan berkelana ke Korea Selatan dalam persediaan awalnya bagi melayakkan diri dalam Sukan Olimpik Remaja 2028 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2030. - Foto fail/Stadium Astro
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Sree Abiramee berlatih bersama kelab luncur ais terkemuka Korea Selatan
Peluncur ais muda sensasi negara C. Sree Abiraame, kini mengorak langkah lebih jauh dalam sukan itu apabila akan menjalani latihan selama tiga tahun bersama kelab luncur ais terkemuka Korea Selatan.