SRG.OG cipta sejarah, juara MPL MY empat musim berturut-turut

Selangor Red Giants (SRG.OG) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama memenangi Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Malaysia (MPL MY) buat kali keempat berturut-turut sejak musim ke-13 hari ini. - Foto Facebook SRG
KUALA LUMPUR: Selangor Red Giants (SRG.OG) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama memenangi Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Malaysia (MPL MY) buat kali keempat berturut-turut sejak musim ke-13 hari ini.
Ringkasan AI
- Selangor Red Giants (SRG.OG) mencipta sejarah dengan memenangi MPL MY kali keempat berturut-turut, mengatasi CG Esports 4-0 dalam Grand Final musim ke-16 di MAEPS Serdang.
- Pemain jungler SRG.OG, Sekys dinobatkan sebagai pemain paling bernilai dalam aksi Grand Final tersebut.
- SRG.OG membawa pulang wang tunai USD31,900 dan tiket ke Kejohanan Dunia MLBB M7 di Jakarta, sementara CG Esports meraih USD18,700.
Jurulatih SRG.OG Michael Angelo Bocado (Arcadia) nyata gembira dengan pencapaian cemerlang yang diraih anak buahnya pada saingan MPL MY.
"Saya sangat gembira dengan pencapaian ini tetapi saya benar-benar mahu memenangi M-Series (Kejohanan Dunia) kerana ia adalah satu-satunya gelaran yang hilang daripada resume saya. Saya menyertai dua M-Series, malangnya hanya mendapat tempat ketiga dalam kedua-duanya," katanya.
Selaku juara SRG.OG membawa pulang wang tunai USD31,900 (kira-kira RM131,00), manakala CG Esports meraih USD18,700 (kira-kira RM77,00).
Kedua-dua pasukan itu turut mendapat tiket automatik mewakili Malaysia pada Kejohanan Dunia MLBB M7 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Januari tahun depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


