awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Pahang hampir dimalukan, Perlis singkirkan PDRM

Bernama
Bernama
23/03/2022
22:03 MYT
Sri Pahang hampir dimalukan, Perlis singkirkan PDRM
Antara aksi menarik dalam dalam aksi pusingan pertama Piala FA 2022 antara Sri Pahang FC dan Manjung City di Stadium Darul Makmur, malam tadi. - Facebook Sri Pahang FC
KUALA LUMPUR: Pasukan Liga Super Sri Pahang FC hampir dimalukan oleh pasukan amatur Manjung City dalam aksi pusingan pertama Piala FA 2022 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.
Skuad Tok Gajah yang turun dengan barisan pemain import, terpaksa berhempas-pulas menentang pasukan Liga M3 (divisyen ketiga) itu yang turun dengan seratus peratus pemain tempatan, sebelum mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 5-4 menerusi penentuan penalti.
Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga masa tambahan.
Dengan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti, pemain kelahiran Perancis Billy Ketkeophomphone, Johan Cedric Francois, Muslim Ahmad, Manuel Hidalgo dan Mohammad Azwan Aripin menepati sasaran bagi Sri Pahang.
Manjung City terpaksa berputih mata apabila C. Sasikumar yang dibariskan sebagai pengambil penalti kedua gagal menyudahkan sepakannya, manakala Wan Muhammad Izzat Wan Zaidi, Muhammad Ikmal Hakim, Muhammad Faizzwan Dorahim dan Muhammad Sobri Hasri berjaya menyudahkan peluang masing-masing.
Sementara itu, satu lagi pasukan divisyen ketiga, Perlis United mengejutkan pasukan Liga Premier PDRM FC 2-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras untuk mara ke pusingan kedua.
PDRM yang turun selaku tuan rumah, dikejutkan dengan jaringan Azrizan Ahmad menerusi sepakan percuma pada minit ke-26.
PDRM kemudian mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan apabila pengadil Razlan Jofri Ali menghadiahkan sepakan penalti selepas pemain pertahanan Singa Utara menjatuhkan pemain PDRM di dalam kotak penalti pada minit ke-70.
Namun, penjaga gol Hairol Fazreen Hassan berjaya menafikan sepakan penalti penyerang import dari Kyrgyzstan Mirbek Akhmataliev untuk membawa pasukan amatur itu ke pusingan kedua.
Rembatan kencang Mohamad Faizal Kadir dari luar kotak penalti pada masa kecederaan mengesahkan kemenangan bergaya buat Perlis United.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala FA 2022
#Sri Pahang FC
#Manjung City
#Perlis United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan