awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Stadium 99 peratus tersedia' - CEO Terengganu FC

Astro Arena
Astro Arena
20/04/2023
22:46 MYT
'Stadium 99 peratus tersedia' - CEO Terengganu FC
Pemilihan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan kapasiti 50,000 penonton itu dilihat satu keputusan tepat oleh FAM atas faktor kualiti padang.
'99 peratus tersedia,' Itu jaminan yang diberikan Terengganu FC berhubung keadaan padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sekali gus menafikan dakwaan ia mengalami kerosakan.
Stadium yang terletak di Gong Badak itu dipilih sebagai gelanggang skuad Harimau Malaya untuk dua aksi persahabatan antarabangsa bertemu Kepulauan Solomon dan Yaman Jun ini.
"Stadium ini telah dijaga dengan rapi dan sentiasa berada di tahap terbaik. Keadaan permukaan padang dalam keadaan yang baik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh.
Pemilihan stadium yang punyai kapasiti 50,000 penonton itu dilihat satu keputusan tepat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas faktor kualiti padang.
Menggunakan jenis rumput Bermuda Princess 77, gelanggang keramat skuad Peteh itu mampu menawarkan corak permainan menghiburkan daripada pertembungan itu nanti.
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
#Padang
#Ab Rasid Jusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan