SUKAN
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA
Penarafan itu diterima pada minggu lepas setelah ujian kualiti padang dijalankan oleh pihak berkaitan pada Oktober. - Bernama
KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), yang menjadi gelanggang utama Harimau Malaya, memperoleh penarafan cemerlang dengan skor 86 peratus di bawah FIFA Natural Playing Surfaces Quality Programme.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Iliyas Jamil berkata penarafan itu diterima pada minggu lepas setelah ujian kualiti padang dijalankan oleh pihak berkaitan pada Oktober.
"Ini merupakan kali pertama kita melakukan penarafan FIFA selepas dicadangkan ahli lembaga pengarah PSM Datuk Windsor Paul.
"Selepas penilaian dilakukan, kita dapat 86 peratus ... bagus kerana markah cemerlang perlu melebihi 85 peratus," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata penarafan yang diberi merupakan satu penghormatan kepada warga PSM yang bertungkus lumus memastikan kualiti padang berada dalam keadaan terbaik meskipun pelbagai konsert diadakan di stadium berkenaan.
"Dengan SOP (prosedur operasi standard) yang kita bangunkan secara dalaman, kita berjaya memastikan rumput dalam keadaan yang baik.
"Malah, kepakaran yang kita guna untuk menjaga permukaan padang ialah 100 peratus tenaga tempatan dan kita juga sudi untuk kongsikan kepada pihak yang memerlukan," katanya.
-- BERNAMA