KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) bakal dinaik taraf dengan menggantikan rumput baharu tidak lama lagi, kata Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Tan Sri Tony Fernandes.
Beliau berkata cadangan yang mendapat persetujuan daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican baru-baru ini akan melibatkan kos RM10 juta.
Projek berkenaan merangkumi penyelenggaraan padang, sistem pengudaraan, sistem saliran, pencahayaan buatan serta latihan kepada penyelia rumput dalam usaha memastikan stadium memiliki padang bertaraf antarabangsa.
"Saya harap projek ini akan bermula dalam tempoh tiga bulan dan saya percaya ia akan mengambil masa lebih kurang lapan ke sembilan bulan untuk siap sepenuhnya," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Tony hadir pada Majlis Menandatangani Lanjutan Perjanjian antara PSM dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk Stadium Nasional terus menjadi gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya hingga 31 Dis 2025.
Hadir sama Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dan dua timbalan presiden Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S.Sivasundaram.
"Kami menyasarkan untuk menjadikan padang di sini sentiasa diingati, terutama kepada pasukan lawan ketika menentang skuad Harimau Malaya pada masa depan," menurut Tony.
Sementara itu, Sivasundaram berkata FAM menyambut baik lanjutan perjanjian selama lima tahun yang membolehkan pihaknya melaksanakan pelbagai aktiviti atau program selaras dengan status stadium sebagai "Rumah Harimau Malaya'.
Kali terakhir skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe beraksi di Stadium Nasional ialah pada 19 Nov 2019 ketika menewaskan Indonesia 2-0 pada perlawanan kelima Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebelum aksi berikutnya ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 16 2021
![Stadium Nasional Bukit Jalil dapat rumput baharu tidak lama lagi Stadium Nasional Bukit Jalil dapat rumput baharu tidak lama lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71615910892_BukitJalil.jpg)
Stadium Nasional Bukit Jalil bakal dinaik taraf dengan penggantian rumput baharu. -Gambar fail
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722052200_tbucapantakziah.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.
![Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722051144_ArifAiman.jpg)
Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner
Steinbruckner berkata ketiadaan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid serta Safwan Mazlan merencatkan perancangan skuad penyu.
![Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722049078_tbParisOlympic.jpg)
Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti
Turut dipamerkan adalah perayaan tradisional Tahiti Rahiri, mewakili permainan adil dan saling menghormati antara atlet.
![Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722048993_tbOnnHafizGhaziT.jpg)
Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan
Onn Hafiz berharap hasrat membangunkan sekolah rintis Johor akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan negeri itu.
![Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713953324_TonyFernandes.jpg)
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
![Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713953324_TonyFernandes.jpg)
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
![Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708646467_TonyFernandes.jpg)
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
![Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705008200_SretthaThavisin.jpg)
Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara
Thailand merancang menambah penerbangan keluar dan masuk yang menghubungkan bandar utama dan bandar lain bagi merangsang ekonomi.
![Capital A cadang lupus perniagaan penerbangan kepada AirAsia X Capital A cadang lupus perniagaan penerbangan kepada AirAsia X](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704718167_TBCaptailA.jpg)
Capital A cadang lupus perniagaan penerbangan kepada AirAsia X
Tony Fernandes berkata langkah strategik itu bertujuan memperkemas operasi kumpulan itu dan memudahkan penilaian berteraskan perniagaan.
![Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Tony Fernandes, Abdul Manan Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Tony Fernandes, Abdul Manan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699653633_TBTonyFernandes.jpg)
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Tony Fernandes, Abdul Manan
Al-Sultan Abdullah zahirkan ucapan tahniah kepada Tony Fernandes atas kejayaan dinobatkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Asia Pasifik.
![Tony Fernandes dipilih Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Asia Pasifik 2023 Tony Fernandes dipilih Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Asia Pasifik 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670602624_TonyFernandes.jpg)
Tony Fernandes dipilih Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Asia Pasifik 2023
Kamarudin berkata pencapaian hebat ini mencerminkan usaha keras, ketabahan dan dedikasi seluruh kru dan kakitangan Capital A.
![Tony Fernandes hadiri mesyuarat virtual tanpa memakai baju, siap berurut! Tony Fernandes hadiri mesyuarat virtual tanpa memakai baju, siap berurut!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697670106_tonyfernandes.jpg)
Tony Fernandes hadiri mesyuarat virtual tanpa memakai baju, siap berurut!
Kisah Tony Fernandes tidak pakai baju semasa menghadiri mesyuarat virtual mengundang perbahasan dalam kalangan netizen.
![Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695887720_CapitalA.jpg)
Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.
![Move Digital kini jenama baharu bagi airasia Digital Move Digital kini jenama baharu bagi airasia Digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695034474_TBMoveDigital.jpg)
Move Digital kini jenama baharu bagi airasia Digital
Cabang digital Capital A Bhd, airasia Digital Sdn Bhd, dijenamakan semula sebagai Move Digital Sdn Bhd sekali gus menjadi langkah strategik bagi menekankan komitmennya terhadap perjalanan.