awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium Sultan Ibrahim sedia terima penonton

Bernama
Bernama
19/03/2021
20:06 MYT
Stadium Sultan Ibrahim sedia terima penonton
Marshal turut akan ditempatkan di dalam stadium itu bagi memastikan pematuhan SOP dalam kalangan penonton. -Gambar fail/ Bernama
ISKANDAR PUTERI: Stadium Sultan Ibrahim di sini, bersedia menerima kehadiran penonton bagi menyaksikan aksi saingan Liga Super antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Melaka United pada 2 April ini.
Pemilik kelab JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata pihaknya akan memberikan kerjasama dan mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan dengan berkesan.
Baginda berkata pihak marshal turut akan ditempatkan di dalam stadium itu bagi memastikan pematuhan SOP dalam kalangan penonton.
"Pihak berkuasa akan memainkan peranan masing-masing untuk bekerjasama dengan kelab dan kita akan berkomunikasi betul-betul mengikut SOP ditetapkan... agak mencabar tetapi kita ada stadium yang besar dan (boleh lakukan) penjarakan (fizikal) antara satu sama lain, tiada masalah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JDT di sini pada Jumaat.
Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan keputusan membenarkan kehadiran penonton ke stadium atau venue bagi kejohanan sukan di Malaysia seperti Liga Malaysia (Liga-M) berkuat kuasa 1 April ini.
Susulan itu, dua perlawanan keenam Liga Super melibatkan pertemuan JDT berdepan Melaka United FC pada 2 April, dan Kuala Lumpur City FC menentang Sabah FC pada 3 April di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, bakal dijadikan projek perintis atau perlawanan percubaan bagi kemasukan penonton musim ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Stadium Sultan Ibrahim
#JDT
#kehadiran penonton
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#SOP
#KKM
#marshal
#kejohanan sukan
#Liga-M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan