[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SUKAN

Status 'long ball bodoh' KJ tarik perhatian netizen

Madiha Abdullah 17/06/2015 | 07:25 MYT
KJ mahu corak permainan 'long ball bodoh' yang diamalkan skuad negara dihapuskan.
Susulan kekalahan memalukan Malaysia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 di Bukit Jalil semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) antara yang lantang melaungkan rasa tidak puas hati dengan persembahan longlai Harimau Malaya.

Di akaun Twitter miliknya, Khairy memuat naik status berbunyi "10 tahun plus. Corak permainan (DNA) baharu. Say no to long ball bodoh."

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ia dikatakan sebagai satu kritikan keras terhadap gaya permainan skuad kebangsaan yang cenderung menggunakan corak hantaran jauh.

Khairy turut meluahkan kekecewaannya apabila corak hantaran jauh yang tidak mempunyai 'purpose' atau tujuan dilihat menjadi DNA atau asas dalam corak permainan pasukan sejak sekian lama.

Luahan KJ itu nampaknya mendapat sokongan dalam kalangan netizen yang bersetuju bahawa pasukan bola sepak negara sepatutnya memfokus kepada corak hantaran pendek dan mempelajari cara kawalan bola yang baik.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam perlawanan malam semalam, pasukan negara tewas 0-6 kepada Palestin.

#harimau Malaya #KBS #Kelayakan Piala Dunia 2018 #Khairy Jamaluddin