KUALA LUMPUR: Terbuka Malaysia adalah antara kejohanan peringkat teratas dalam kalendar Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mulai tahun depan hingga 2026.
BWF mengumumkan bahawa status Terbuka Malaysia telah dinaik taraf daripada Jelajah Dunia Super 750 kepada Super 1000, sekali gus menyertai kelab elit seperti Kejohanan All England, Terbuka China dan Indonesia.
Selain itu, Terbuka India dan Singapura kini telah dinaikkan kepada status Super 750, manakala tuan rumah Super 750 sedia ada dari China, Denmark, Perancis, dan Jepun telah mengekalkan status masing-masing.
Australia, Kanada, Finland telah tersenarai sebagai kejohanan jelajah Super 500 dan tuan rumah baharu, Jepun sebaris dengan status kejohanan di Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia (Masters) dan Thailand.
Walau bagaimanapun, hos untuk Pertandingan Akhir Jelajah Dunia BWF akhir musim hanya akan diumumkan kemudian, manakala hos Super 100 akan diumumkan secara berasingan.
Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund berkata, pengumuman itu merangkumi proses pembidaan menarik yang menyaksikan minat yang sihat daripada semua pembida hos dan percaya ia akan meningkatkan status badminton di peringkat global.
"Badminton adalah salah satu sukan yang paling pesat berkembang di dunia dengan penyertaan tinggi sepanjang masa dan bilangan peminat.
"Lebih banyak kejohanan memberi kami peluang yang hebat untuk meningkatkan jangkauan sukan di seluruh dunia, bukan sahaja di wilayah yang sudah sedia, tetapi juga ke kawasan baharu.
"Kami amat digalakkan dengan penerimaan sejumlah besar bidaan berkualiti tinggi dan itu menjadi petanda untuk siri jelajah yang lebih besar dan lebih baik dalam tempoh empat tahun akan datang. Ia membolehkan lebih ramai pemain sertai kejohanan elit dan memperoleh pengalaman berharga.
"Ia membolehkan kami dapat memberi kepastian terhadap hadiah wang yang lebih menarik, liputan lebih luas di televisyen dan dalam talian. Ini semua menyumbangkan kepada pencarian produk sukan yang bertaraf dunia yang diusahakan," katanya dalam kenyataan pada Ahad malam.
Terbuka Malaysia dianjurkan sejak 1937 diberikan status Super 750 sejak 2018.
Selepas ditangguhkan sejak dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19, Terbuka Malaysia kembali semula tahun ini dari 28 Jun hingga 3 Julai, diikuti Malaysia Masters dari 5 hingga 10 Julai di Axiata Arena.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
![Status Terbuka Malaysia setanding Seluruh England mulai tahun depan Status Terbuka Malaysia setanding Seluruh England mulai tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655657817_BWF.jpg)
Selepas ditangguhkan sejak dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19, Terbuka Malaysia kembali semula tahun ini dari 28 Jun hingga 3 Julai, diikuti Malaysia Masters dari 5 hingga 10 Julai di Axiata Arena.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
![Axelsen berazam kembali 'gerunkan' lawan pada Paris 2024 Axelsen berazam kembali 'gerunkan' lawan pada Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705270722_ViktorAxelsen.jpg)
Axelsen berazam kembali 'gerunkan' lawan pada Paris 2024
Beliau yakin beliau akan kembali pada tahap terbaiknya untuk temasya sukan terbesar dunia itu dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
![Se Young lakar sejarah buat Korea dengan gelaran Terbuka Malaysia Se Young lakar sejarah buat Korea dengan gelaran Terbuka Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705231999_AnSeYoung.jpg)
Se Young lakar sejarah buat Korea dengan gelaran Terbuka Malaysia
Pemain wanita nombor satu dunia, An Se Young mencatatkan sejarah sebagai pemain Korea Selatan pertama memenangi gelaran Terbuka Malaysia.
![Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705096344_AaronChiaSohW.jpg)
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
![Tujuh wakil negara mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia Tujuh wakil negara mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704920738_Badminton.jpg)
Tujuh wakil negara mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia
Chan Peng Soon-Cheah Yee See jadi wakil terakhir negara mara ke pusingan 16 selepas menewaskan wakil Taiwan, Chang Ko-Chi-Lee Chih Chen.
![Cabaran negara dalam perseorangan lelaki berakhir di Terbuka Malaysia Cabaran negara dalam perseorangan lelaki berakhir di Terbuka Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698550869_NgTzeYong.jpg)
Cabaran negara dalam perseorangan lelaki berakhir di Terbuka Malaysia
Cabaran negara pada acara perseorangan lelaki terpaksa berakhir lebih awal apabila Ng Tze Yong menarik diri ketika menentang pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.
![Paris 2024: Zii Jia terap elemen Perancis dalam latihan Paris 2024: Zii Jia terap elemen Perancis dalam latihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704703482_TBZiiJiajpg.jpg)
Paris 2024: Zii Jia terap elemen Perancis dalam latihan
Zii Jia berlatih bersama Toma Junior Popov dan Christo Popov bagi mendapatkan pengalaman berdepan pemain dengan corak permainan berbeza.
![Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704728108_LeeChongWeiChina.jpg)
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.
![Rexy harap pemain negara tamatkan kemarau enam tahun kejuaraan Terbuka Malaysia Rexy harap pemain negara tamatkan kemarau enam tahun kejuaraan Terbuka Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704467137_RexyMainaky.jpg)
Rexy harap pemain negara tamatkan kemarau enam tahun kejuaraan Terbuka Malaysia
Pemain negara seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memburu gelaran Jelajah Dunia Super 1000 itu sekali gus kembali menjejak podium tertinggi di laman sendiri sejak 2018.
![Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024 Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684858180_AaronChiadanSohW.jpg)
Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024
Aaron Chia berharap dapat mengharungi kempen musim ini dengan sempurna, bermula dengan prestasi positif di kejohanan Terbuka Malaysia 2024 pada 9 hingga 14 Jan ini.
!['Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan' 'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675561900_TBMUHAMMADHAFIZ.jpg)
'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.