Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Super League (MSL), Stuart Michael Ramalingam dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pelantikan Stuart sebagai Setiausaha Agung FAM yang ke-10 itu diputuskan berdasarkan Artikel 61 Perenggan 1 dalam Statut FAM yang menyatakan Setiausaha Agung hendaklah dilantik oleh Presiden.
"Selaku Presiden FAM, saya amat berharap agar beliau dapat menjalankan tugas dengan profesional dan penuh amanah demi memartabatkan bola sepak negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamidin berkata Stuart, 41, menjadi pilihan untuk memegang jawatan itu berdasarkan pengalaman 10 tahun dimiliki beliau dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bola sepak termasuk pernah memegang beberapa jawatan dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Pengalaman Stuart bermula pada 2008 apabila dilantik oleh FIFA sebagai 'Professionalisation Consultant' yang bertanggungjawab memberi sokongan berterusan dan konsultansi kepada anggota gabungan FIFA dalam mewujudkan liga-liga baharu, mengemas kini pentadbiran persatuan negara serta menjadi perancang bagi program pendidikan pentadbiran FIFA (Futuro III).
Pada 2010, beliau dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif MSL dan diberi mandat untuk merencanakan struktur FAM and juga aspek komersial badan induk itu.
Selang dua tahun kemudian, Stuart menyertai AFC dengan memegang pelbagai jawatan termasuk Pengarah Kejohanan Kelab-Kelab AFC (termasuk Liga Juara-Juara Asia, Piala AFC dan kejohanan Futsal AFC), Pengarah Pemasaran serta Pengarah 'Social Responsibility'.
Beliau kemudian menjadi perunding kepada dua agensi sukan terbesar dunia - Dentsu Sports dan IMG pada 2014.
Stuart dilantik sebagai Naib Presiden Dentsu Sports selama empat tahun sehingga 2018 dan mengetuai operasi agensi tersebut di Asia termasuk penajaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pengurusan Sukan Asia 2018 Indonesia dan perencanaan strategi Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Dengan pengalaman beliau di FIFA, AFC dan FAM serta pengalaman selama empat tahun dalam dunia korporat dan juga agensi sukan terbesar di dunia, Stuart dilihat sebagai calon paling sesuai untuk menjadi Setiausaha Agung FAM dan diyakini mampu membawa budaya korporat yang akan menjadi perubahan positif kepada FAM," kata Hamidin yang merupakan bekas Setiausaha Agung FAM dari 2013-2018.
Hamidin berkata Stuart akan memulakan tugas secara rasmi di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin ini (16 Julai).
Hamidin dilantik sebagai Presiden FAM ketujuh bagi baki penggal 2017- 2021 pada Kongres Tahunan FAM ke-54 di Petaling Jaya, semalam.
Beliau menggantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melepaskan jawatan kerusi panas berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 15 2018
Hamidin berkata Stuart, 41, menjadi pilihan untuk memegang jawatan itu berdasarkan pengalaman 10 tahun dimiliki beliau dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bola sepak. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM
CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
'Saya maafkan orang fitnah saya'
Noor Azman tidak mahu berdendam dengan pemfitnah itu selain menyerahkan kepada FAM untuk menyelesaikan surat layang tersebut.