awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suarez merayu tempoh penggantungannya dikurangkan kepada dua bulan

AFP
AFP
08/08/2014
15:46 MYT
Suarez merayu tempoh penggantungannya dikurangkan kepada dua bulan
Suarez bercakap dengan para wartawan di Mahkamah Rayuan Sukan di Lausanne, Switzerland pada Jumaat. - Foto AP/Keystone/Laurent Gillieron
Luis Suarez tiba di Lausanne pada pagi Jumaat untuk memfailkan rayuan bagi mengurangkan separuh daripada hukuman penggantungan selama empat bulan oleh FIFA ekoran kes 'menggigit'nya di Mahkamah Rayuan Sukan (CAS).
Penyerang Barcelona yang berasal daripada Uruguay itu tiba tidak lama sebelum perbicaraannya yang dijadualkan pada jam 10 pagi waktu tempatan (0800 GMT). Ketika di perkarangan mahkamah, dia mengelak daripada bertemu para media dan jurugambar di situ.
Suarez keluar daripada perkarangan mahkamah lima jam kemudian tetapi dia masih enggan untuk berkomentar dan membuat sebarang ulasan kepada media. Sempat untuk berhenti dan bertemu dengan peminat-peminat kecilnya sebelum kemudian dibawa keluar daripada kawasan itu menggunakan sebuah van berwarna hitam.
Suarez telah digantung daripada sebarang aktiviti melibatkan bola sepak selama empat bulan setelah menggigit pemain pertahanan Itali Giorgio Chiellini di bahu ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2014 di Brazil.
Dia kemudian berpindah dari kelab bola sepak Liverpool ke Barcelona dengan kontrak perjanjian sebanyak 97 juta Euro (USD $127 juta). Namun, Suarez terpaksa menunggu sehingga akhir Oktober untuk bermain dengan kelab barunya itu.
Penasihat Undang-undang bekas penyerang Liverpool itu berkata pada Khamis bahawa mereka yakin rayuan mengurangkan tempoh penggantungan mereka akan diterima. Ini bermaksud hukuman yang dijatuhkan kepada Suarez akan berakhir mulai 25 Ogos dan juga membenarkan dia untuk berlatih dengan kelab barunya itu sepanjang tempoh penggantungan berjalan.
Keputusan rayuan akan dijangka diumumkan pada beberapa hari lagi.
Topic Berkaitan
#gigit
#Giorgio Chiellini
#Liverpool
#Luis Suarez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan