Pengurus pasukan bola sepak negara, Datuk Seri Subahan Kamal tidak menyalahkan Datuk K. Rajagobal untuk terus bereksperimen meskipun skuad kendalian ketua jurulatih itu seri tanpa jaringan pada aksi persahabatan menentang Chonburi FC di Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa malam.
Subahan turut berkongsi pendapat dengan pengendali berusia 56 tahun itu bahawa keputusan menang atau kalah pada perlawanan menentang kelab Liga Perdana Thailand itu, tidak penting kerana ia hanya aksi persahabatan.
"Keputusan menang atau kalah tidak penting kerana apa yang lebih penting pemain diberi peluang sama rata untuk bermain," katanya kepada kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatakuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-lapan, di sini Rabu.
Beliau berkata semua pihak sepatutnya memberi peluang kepada Rajagobal memperbaiki kelemahan sebelum berdepan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC di Stadium Shah Alam, Ahad ini.
"Perlawanan pada Ahad ini lebih penting kerana bukan mudah bagi skuad Harimau Malaya mendapat peluang beraksi bersama kelab terkemuka seperti Chelsea FC.
"Kita bukan mengharapkan kemenangan (berdepan Chelsea) tetapi biarlah pasukan kebangsaan dapat mempamerkan aksi menarik dan tidak menghampakan peminat bola sepak negara," katanya.
Subahan berkata beliau yakin dengan kemampuan skuad kendalian Rajagobal dan berharap mereka mampu melakukan perubahan pada corak permainan pada aksi menentang kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Beliau berkata perlawanan menentang Chelsea FC dapat memberi pendedahan terbaik kepada pemain sebelum berdepan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos dan Bahrain pada perlawanan ketiga kumpulan D, saingan Kelayakan Piala Asia 2015, pada 15 Okt.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin turut menolak keras kritikan bahawa skuad Harimau Malaya gagal menyajikan aksi mantap ketika bertemu kelab dari Thailand itu.
"Saya dapat lihat pemain beraksi dengan baik semalam apabila semua mereka bermain bersungguh-sungguh dan melakukan cubaan mendapatkan gol sehingga tamat permainan," katanya.
Hamidin turut memuji keputusan Rajagobal yang kerap melakukan pertukaran pemain pada separuh masa kedua bagi memberi peluang kepada lebih ramai pemain beraksi pada aksi persahabatan, seperti dilakukan semalam.
Bernama
Wed Jul 17 2013
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Misi buru gol awal menjadi buruan skuad Harimau Malaya
Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang berlangsung sejak 22 November lepas bakal melabuhkan tirainya dengan final kedua yang menyaksikan dua negara berjiran, Malaysia dan Thailand bertarung.
FAM dijangka keluar surat pertuduhan Rajagobal minggu depan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengeluarkan surat pertuduhan ke atas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM, minggu depan.
Rajagobal harap risikan di Bahrain berjaya
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal harap tinjauannya di Bahrain mampu membuahkan hasil menjelang kelayakan Piala Asia 2015.
Rajagobal tinjau pemain untuk kelayakan Piala Asia
Jurulatih kebangsaan Datuk K.Rajagobal buat tinjauan perkembangan pemain dalam Liga Malaysia untuk dipanggil mengikuti latihan kebangsaan.
Beri Rajagobal peluang, kata Santokh
Bekas pemain kebangsaan Datuk Santokh Singh berkata rakan lamanya telah meletakan sasaran untuk layak ke Piala Asia 2015 di Australia.
Padang kurang sempurna buat skuad kebangsaan
Thailand melakukan perang psikologi apabila menempatkan skuad kebangsaan berlatih di padang kurang sempurna menjelang separuh akhir kedua.