SUKAN
Subahan optimis Speedy Tigers tempah slot ke Piala Dunia 2026
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan KHM Ke-71 di Menara PERKESO, hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) optimis skuad hoki lelaki negara mampu menempah slot ke Piala Dunia Lelaki 2026 di Belanda yang akan berlangsung pada Ogos ini.
Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata jurulatih skuad negara Sarjit Singh telah mempersiapkan skuad Speedy Tigers untuk memberikan tentangan sengit pada aksi Kejohanan Kelayakan Piala Dunia Lelaki 2026 di Ismailia, Mesir dari 1-7 Mac ini.
Beliau berkata pasukan Speedy Tigers turut menampilkan kesungguhan, sekali gus memberikan kepercayaan kepadanya untuk mempamerkan prestasi berbeza berbanding sebelum ini.
"Insya-Allah, saya tidak pernah tidak yakin dengan jurulatih. Mereka berusaha dengan gigih dan memang jurulatih Sarjit ada perancangan beliau tersendiri ... saya selalu berfikiran positif.
"Kita hanya merancang, namun saya cukup yakin bahawa jurulatih Sarjit dengan pemain-pemain akan beri yang terbaik untuk mereka layak ke Piala Dunia," katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan KHM ke-21 di Menara PERKESO, di sini hari ini.
Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B dan akan membuka tirai menentang Austria pada 1 Mac, diikuti Pakistan (2 Mac) sebelum menutup aksi terakhir menentang China (4 Mac) di Ismailia.
Malaysia berada di kedudukan tertinggi, iaitu ke-13 dunia, diikuti Pakistan (ke-14 dunia), Austria (ke-21 dunia) dan China (ke-23 dunia).
Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia menyertai Piala Dunia adalah pada 2023 dan menamatkan kejohanan di tempat ke-13 daripada 15 pasukan.
Mengulas tentang AGM hari ini, Subahan berkata badan induk itu bercadang untuk menambah program akar umbi, terutamanya di Sabah dan Sarawak bagi mencungkil bakat baharu di negeri berkenaan.
"Ada beberapa perkara yang telah diajukan oleh pihak negeri, dari segi pembangunan kita akan bincang dengan Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) di bawah Majlis Sukan Negara, kita akan cuba lebih banyak program akar umbi," katanya.
-- BERNAMA