SEPANG: Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal yakin pasukan lelaki negara mampu meraih pingat emas sulung mereka di Sukan Asia Hangzhou, China.
Beliau berkata kekalahan tipis 3-4 kepada tuan rumah, India pada final kejohanan hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Chennai pada Sabtu, merupakan petanda baik untuk meraih emas sekali gus menempah tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 selaku juara benua.
Katanya, pemain kini perlu mempunyai keazaman tinggi, bekerja lebih keras dan percaya mereka mampu menewaskan India yang merupakan pasukan ketiga dunia di Sukan Asia pada 23 Sept hingga 8 Okt depan.
"Pasukan kita tewas kepada India, sudah pasti mereka kembali lebih garang, berbisa di China. Sekali lagi bertemu India di Sukan Asia nanti, mereka mesti menang...kita nyaris menewaskan India semalam walaupun beraksi di hadapan penyokong tuan rumah.
"Sehingga minit terakhir baru mereka boleh kalahkan kita. Ia jelas pasukan kita semakin meningkat tapi saya selalu pesan kepada pasukan dan jurulatih A. Arulselvaraj supaya perlu konsisten, bukan cemerlang dalam satu kejohanan sahaja dan kemudian menyepi," katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan skuad Speedy Tigers di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Subahan turut mengingatkan para pemain, selain India, Malaysia yang kini menduduki ranking kesembilan dunia perlu berwaspada dengan juara bertahan Jepun, Korea Selatan, Pakistan serta pasukan tuan rumah Sukan Asia, China.
Sementara itu, beliau berkata KHM akan memberikan imbuhan kepada pasukan hoki negara yang berjaya mencipta sejarah pada ACT kali ini dengan mara ke perlawanan akhir, sekali gus membakar semangat pasukan menjelang Sukan Asia.
Bagaimanapun, nilai imbuhan belum ditentukan lagi, katanya.
Menamatkan saingan ACT 2023 selaku naib juara merupakan pencapaian terbaik Speedy Tigers sejak kejohanan itu dianjurkan pada 2011, setelah menduduki tempat ketiga pada 2011, 2012, 2013, 2016 dan 2018.
Pada aksi final Sabtu, skuad negara mendahului 3-1 pada suku kedua, namun India bangkit menyamakan kedudukan 3-3 pada suku ketiga, sebelum mengesahkan kemenangan 4-3, empat minit sebelum wisel penamat dibunyikan.
Undian Sukan Asia menyaksikan Malaysia dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, China, Oman, Thailand dan Indonesia manakala India berada dalam Kumpulan A bersama Jepun, Pakistan, Bangladesh, Singapura dan Uzbekistan.
Hanya dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke separuh akhir.
Pada edisi di Jakarta-Palembang, pasukan negara terlepas pingat emas selepas tewas kepada Jepun dalam aksi final Sukan Asia 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2023
Subahan (kiri) menyambut kepulangan skuad Speedy Tigers di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, pada Ahad. - Facebook Malaysian Hockey Confederation
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
AWANI Ringkas: Ada usaha kurangkan majoriti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Pulau Pinang umum pelan untuk Taman Reka Bentuk IC dan digital
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pelannya untuk mewujudkan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital.
PM Anwar hadir Mesyuarat Pembangunan Kedah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.
Piala Thomas: Gegaran sambutan tayangan skrin besar
Bersama Wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud di Putrajaya, Dataran Putrajaya, membuat liputan gegaran sambutan tayangan skrin besar Separuh Akhir Piala Thomas.
Polis tahan 28 lelaki bergaduh di Butterworth
Polis menahan 28 lelaki hari ini, dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Jalan Raja Uda di Butterworth pada Jumaat, seperti yang tular melalui media sosial.
KPDN terima 15,753 aduan pengguna setakat April - Fuziah
Sebanyak 15,753 aduan kepenggunaan diterima di seluruh negara, termasuk 7,711 aduan menerusi platform Aduan Suri KPDN.
Laporan cuaca melampau dan bencana negara
Cuaca panas di kawasan berikut: Padang Terap, Pasir Mas, Jeli, Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Besut, Setiu, Kuala Krai, Kota Marudu.
Tahap 1, tahap berjaga-jaga, suhu 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari.
Banjir di Johor, Kota Tinggi, 1 PPS, 22 keluarga, 88 mangsa.
Tahap 1, tahap berjaga-jaga, suhu 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari.
Banjir di Johor, Kota Tinggi, 1 PPS, 22 keluarga, 88 mangsa.
Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di Kedutaan AS
Ribuan orang membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100 Ribu Bela Palestin pada petang Sabtu.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini
Pengumuman ketua jurulatih baharu dijangka diumumkan Subahan selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama persatuan itu pagi ini.
Dharmaraj antara empat calon disenarai pendek kemudi Speedy Tigers
Empat daripada 23 calon disenarai pendek itu akan melalui proses sesi temu duga oleh jawatankuasa badan induk sukan berkenaan minggu ini.
Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.