awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan antarabangsa antara tarikan Tahun Melawat Kedah 2016 - Mukhriz

Bernama
Bernama
30/10/2015
02:23 MYT
Sukan antarabangsa antara tarikan Tahun Melawat Kedah 2016 - Mukhriz
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz (dua, kanan) menerima cenderahati pada majlis perasmian Kejohanan Paintball Piala Dunia Langkawi 2015 pada Khamis. - Foto Bernama
Acara sukan bertaraf antarabangsa adalah antara aktiviti tarikan pelancong yang sedang dikaji untuk disenaraikan bersempena Tahun Melawat Kedah 2016, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Katanya acara sukan antarabangsa yang pernah dianjurkan sebelum ini terbukti mampu menarik ramai pelancong khususnya apabila diadakan di Langkawi.
"Langkawi yang sudah dikenali sebagai pulau pelancongan yang unggul mampu menjadi destinasi sukan bertaraf antarabangsa dan seterusnya menjayakan Tahun Melawat Kedah 2016," katanya selepas merasmikan Kejohanan Paintball Piala Dunia (PWC) 2015 di sini malam tadi.
Beliau berkata pemilihan Langkawi sebagai lokasi kejohanan PWC tahun ini merupakan satu penghormatan yang turut dikongsi Kedah secara keseluruhan dan beliau yakin acara itu mampu menarik ramai pelancong.
Sebanyak 138 pasukan dari 24 buah negara termasuk Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Taiwan, Nepal, Mexico, Kuwait, Iran, Norway dan Sweden mengambil bahagian dalam kejohanan empat hari yang bermula semalam.
Topic Berkaitan
#Langkawi
#Mukhriz Mahathir
#Tahun Melawat Kedah 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan