PENGERUSI Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC), Erick Thohir, mengakui pihaknya sedang mengkaji cara Malaysia menganjurkan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 terutama bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas.
Katanya, Indonesia telah menghantar puluhan pemerhati ketika temasya dwi-tahunan itu berlangsung pada Ogos lalu.
Jelas Erick, pihaknya mencari jalan untuk memperbaiki aspek pengangkutan walaupun hasrat melancarkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di sekitar Kompleks Sukan Gelora Bung Karno sebelum temasya tidak kesampaian.
"Apa yang menarik untuk dipelajari dari Kuala Lumpur, bagaimana untuk menguruskan pengangkutan. Sudah tentu (Sukan Asia) lebih besar daripada Sukan SEA, tetapi saya rasa ia adalah sesuatu yang kami cuba pelajari.
"Ia kerana seperti yang saya sebut sebelum ini, ia melibatkan lalu lintas. Saya fikir Palembang sepatutnya tidak ada isu tetapi Jakarta ada masalah," katanya.
Sembilan bulan sebelum temasya sukan terbesar Asia itu bermula, beberapa aspek perlu diberi penekanan.
Beberapa venue di Palembang seperti boling tenpin dan menembak masih dalam proses pembinaan.
Boling khususnya baru memasuki fasa awal, sekali gus meningkatkan tekanan buat INASGOC.
Namun, mujur semua kejohanan ujian membabitkan 10 jenis sukan hanya diadakan di Jakarta pada Februari tahun depan tetapi ia bukan jaminan untuk Palembang bersenang-lenang.
"Kami mempunyai kejohanan ujian pada Februari. Kejohanan itu penting untuk kami menilainya. Kami harus memastikan kemudahan kami menepati perkhidmatannya.
"Lalu lintas di Jakarta sangat sesak. Semua ini (masalah) kami harus kurangkan demi kejayaan penganjuran Sukan Asia," tambahnya.
Kejohanan ujian Sukan Asia 2018
1. Memanah
2. Olahraga
3. Badminton
4. Bola Keranjang (5x5)
5. Tinju
6. Bola Sepak
7. Pencak Silat
8. Taekwondo
9. Bola Tampar
10. Angkat Berat
Astro Arena
Wed Nov 29 2017
Erick berkata, pihaknya mencari jalan memperbaiki aspek pengangkutan walaupun hasrat melancarkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan di sekitar Kompleks Sukan Gelora Bung Karno sebelum temasya tidak kesampaian. - Foto Astro Arena
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
TMJ, Erick Thohir rancang masa depan bola sepak Asia Tenggara
Perbincangan mengenai bola sepak dan rancangan masa depan menjadi topik bualan di antara pemilik JDT, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, bersama Ketua Umum PSSI, Erick Thohir.
Sukan Asia 2018: Kesesakan lalu lintas jadi perhatian
Katanya, Indonesia telah menghantar puluhan pemerhati ketika temasya dwi-tahunan itu berlangsung pada Ogos lalu.