Sukan Asia 2018: Qabil Ambak raih perak

Astro Awani
Ogos 23, 2018 06:05 MYT
Jaguh ekuestrian negara Mohd Qabil Ambak bersama pingat perak yang dimenangi dalam kategori Dressage Individu pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Jakarta International Equestrian Park hari ini. - fotoBERNAMA
Jaguh ekuestrian negara, Qabil Ambak mampu meraih pingat perak dalam acara dressage di Pusat Ekuestrian Antarabangsa Jakarta, sebentar tadi.
Qabil bersama kudanya, Rosentolz mempamerkan persembahan yang baik mencatat 76.620 mata.
Beliau mencatat 0.425 mata dibelakang pemenang pingat emas, Wing Ying Siu dari Hong Kong yang mendapat 77.045 mata.
Gangsa diraih wakil Korea Selatan, Hyeok Kim dengan 75.805 mata.
#Korea Selatan #Palembang #Pusat Ekuestrian Antarabangsa 2018 #Qabil Ambak #Rosentolz #Sukan Asia 2018 #Wing Ying Siu