HANGZHOU: China merupakan juara keseluruhan Sukan Asia sejak 1982 dan sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini, sudah pasti mereka mahu menggapai kegemilangan yang luar biasa apabila acara berpingat bermula secara rasminya, esok.
Menjadi penganjur buat kali ketiga selepas edisi 1990 Beijing dan 2010 Guangzhou, China kali ini tampil dengan misi yang lebih besar, iaitu mempamerkan keagungan negara itu dari segi kejayaan sukan, penganjuran dan perkembangan teknologi pesat kepada dunia.
Dari segi prestasi atlet, China yang sudah menguasai Sukan Asia selama empat dekad, tidak mengumumkan sasaran keseluruhan tetapi naib juara Olimpik Tokyo 2020 itu sudah memberi bayangan untuk meneruskan dominasi dalam beberapa sukan seperti terjun, ping pong, wushu dan mendayung.
Namun, situasi berbeza bagi Kontinjen Malaysia yang berharap untuk bangkit daripada prestasi kurang memuaskan di Sukan SEA Kemboja pada Mei lepas, serta mendapatkan gambaran untuk Olimpik Paris 2024 yang bakal dihadapi dalam masa kurang setahun lagi.
Kontinjen negara yang hadir ke Hangzhou dengan 289 atlet, buat kali pertamanya sejak beberapa dekad ini tidak mengumumkan sasaran emas, tetapi meletakkan sasaran 27 pingat kerana tidak mahu memberikan tekanan kepada atlet, yang dikritik sebagai pendekatan selamat dan kurang keyakinan.
Sasaran pada kali ini lebih rendah berbanding pencapaian 36 pingat di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, iaitu tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa untuk menamatkan cabaran di kedudukan ke-14 keseluruhan.
Sebelum pertandingan bermula, Malaysia sudah pun kehilangan dua emas, enam perak dan empat gangsa, apabila tenpin boling (2-2-0) dan pencak silat (0-4-4) tidak dianjurkan pada kali ini.
Pingat pertama di Hangzhou dijangka hadir seawal esok menerusi wushu, dengan juara dunia 2017 Wong Weng Son (Changquan lelaki) menjadi taruhan, manakala Olahragawati Kebangsaan 2019/2020 Tan Cheong Min ( Nanquan dan Nandao wanita) yang pernah muncul juara dunia sebanyak dua kali diletakkan sebagai sandaran pada Selasa.
Ketiadaan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, yang terpaksa menarik diri selepas kecederaan dialami pada latihan baru-baru ini, menambah kerisauan kontinjen negara.
Pelumba lain, terutamanya pembawa Jalur Gemilang Muhammad Shah Firdaus Sahrom (keirin, pecut lelaki), harus tampil menunjukkan kemampuannya untuk membawa kejayaan buat Malaysia di sebalik ketiadaan 'The Pocket Rocketman' kali ini.
Kem skuasy berpotensi untuk menuai emas menerusi S. Sivasangari bagi acara perseorangan wanita, yang juga seorang daripada pembawa Jalur Gemilang pada upacara perasmian esok, manakala Aifa Azman Rachel Arnold, Ng Eain Yow dan Ivan Yuen menambah kekuatan pasukan negara sebagai pencabar pingat.
Juara dunia beregu lelaki 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah dan Ng Tze Yong (perseorangan lelaki) telah menunjukkan karakter memberi cabaran podium bagi acara badminton, walaupun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya meletakkan sasaran emas menerusi acara berpasukan lelaki.
Kehadiran pemain profesional seperti bekas juara All England Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), bekas juara dunia remaja Goh Jin Wei (perseorangan wanita) dan naib juara Kejohanan Asia 2023 Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (beregu lelaki) turut meningkatkan keyakinan buat kem negara.
Pasukan hoki lelaki yang turun selaku naib juara, bertekad untuk merangkul emas buat kali pertama sejak acara itu diadakan di Tokyo 1958, sekali gus menamatkan kemarau 20 tahun tidak beraksi di Sukan Olimpik, kerana juara Sukan Asia akan meraih tiket automatik ke Paris 2024.
Skuad sepak takraw juga bertekad mahu merangkul emas menerusi acara antara regu dan regu berpasukan, tetapi mereka perlu mengatasi kuasa besar Thailand sekiranya mahu memahat sejarah itu.
Terjun dilihat sukar untuk memecahkan dominasi tembok besar China, terutamanya apabila Datuk Pandela Rinong dan Nor Dhabitah Sabri kurang menyerlah kebelakangan ini, namun diharapkan dapat mempamerkan perkembangan positif selepas kem latihan pusat di China sejak bulan lepas, selain penerjun muda seperti Bertrand Rhodict diharap tampil selamatkan kem negara.
Bagi acara trek dan padang, dua atlet berpangkalan di Amerika Syarikat, Muhammad Azeem Mohd Fahmi (100m, 4x100m lelaki) dan Shereen Samson Vallabouy (200m, 400m, 4x100m wanita) serta Muhammad Irfan Shamshuddin (lempar cakera lelaki), kesemuanya pemegang rekod kebangsaan, perlu berada pada tahap terbaik untuk menamatkan kemarau pingat sejak edisi 2006 Doha.
Kem karate yang ketuai oleh R. Sharmendran, memanah diketuai Olimpian Khairul Anuar Mohamad bagi disiplin recurve dan Mohd Juwaidi Mazuki bagi compound, ekuestrian dibarisi Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil serta pelayaran turut disandarkan untuk memenangi pingat.
Bagi temasya kali ini, beberapa juara dunia dan Olimpik seperti Kunlavut Vitidsarn dari Thailand (badminton), Mutaz Essa Barshim dari Qatar (lompat tinggi lelaki), Neeraj Chopra dari India (merejam lembing lelaki), Rikako Ikee dari Jepun (renang) dan Qin Haiyang dari China (renang) antara yang mencuri tumpuan.
Pencapaian terbaik Malaysia di Sukan Asia adalah ketika edisi Guangzhou 2010, apabila berjaya merangkul sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa untuk mengutip 41 pingat secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023
Kontinjen negara yang hadir ke Hangzhou dengan 289 atlet, buat kali pertamanya sejak beberapa dekad ini tidak mengumumkan sasaran emas, tetapi meletakkan sasaran 27 pingat. - Foto Bernama
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.
Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.
Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Letshanaa berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain.
Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.
Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.
Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.
Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz
Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.
Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal dalam misi memburu pingat pertama dalam temasya Sukan Asia selepas tersingkir di pusingan suku akhir, di Hangzhou.