SPORTS

Sukan Asia: Dota 2 sumbang pingat gangsa

Sinar Harian 02/10/2023 | 09:54 MYT
Pasukan Dota 2 negara yang terdiri daripada Chan Kok Hong, Cheng Jin Xiang, Thiay Jun Wen, Tue Soon Chuan, Yap Jian Wei dan Ng Wei Poong menewaskan Kyrgyzstan 2-0 dalam perebutan pingat gangsa di China Hangzhou Esports Centre. - Gambar/ MSN
Pasukan e-sukan negara menambah koleksi pingat apabila berjaya menyumbang gangsa dalam acara Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou sebentar tadi.

Pasukan Dota 2 negara yang terdiri daripada Chan Kok Hong, Cheng Jin Xiang, Thiay Jun Wen, Tue Soon Chuan, Yap Jian Wei dan Ng Wei Poong menewaskan Kyrgyzstan 2-0 dalam perebutan pingat gangsa di China Hangzhou Esports Centre.

Ia sekali gus menjadi pingat gangsa ke-14 buat kontinjen negara setakat ini.

Ia merupakan pingat kedua untuk Malaysia dalam sukan e-sport di Hangzhou apabila sebelum ini tewas 0-2 kepada China dalam perlawanan akhir acara Arena of Valor untuk memenangi pingat perak. -Sinar Harian
#Sukan Asia #Dota 2 #pingat emas #e-sukan