Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual

Sinar Harian
Januari 30, 2023 00:20 MYT
Stadium Taman Sukan Hangzhou yang terletak di Pusat Ekspo Olimpik dan Antarabangsa Hangzhou merupakan salah satu venue Sukan Asia yang akan berlangsung dari 23 September hingga 8 Oktober ini. - Foto Astro ARENA
TEMASYA Sukan Asia Hangzhou 2022 yang sebelum ini ditunda gara-gara pandemik COVID-19 hampir pasti diadakan tahun ini mengikut tarikh ditetapkan.
Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2023, Datuk Chong Kim Fatt berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.
Malah, beliau turut dimaklumkan, temasya kali ini dijangka tidak akan dilangsungkan menerusi kaedah gelembung sukan, sebaliknya berlangsung sama seperti edisi sebelum ini.
“Keputusan dijangka diketahui Mac ini, namun saya boleh kongsikan persediaan tuan rumah sudah untuk menganjurkan temasya pada kali ini sudah 100 peratus.
“Saya juga difahamkan Sukan Asia ini tidak akan dianjurkan dalam gelembung sukan kerana untuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia (OCA) mereka tidak suka dengan cara itu.

A former nucleic acid testing station in Hangzhou's #Xiaoshan district has been recently transformed into an service kiosk offering Asian Games pamphletsbicycle pumps, first-aid medicines among other facilities and services with two volunteers on duty. #Hangzhou #AsianGames pic.twitter.com/IwI36znCYu

— 19th Asian Games Hangzhou 2022 Official (@19thAGofficial) January 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Mereka mahu temasya ini berjalan seperti biasa kerana sekiranya tidak, ia akan jadi seperti Olimpik Tokyo yang rugi kerana tak boleh jual tiket, dan kedudukan kewangan penganjur akan berdepan masalah,” katanya.
Untuk rekod, Sukan Asia edisi ke-19 itu yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 25 September 2022 ditunda ke tarikh baharu dari 23 September hingga 8 Oktober 2023. - Sinar Harian
#Sukan Asia Hangzhou 2023 #Chong Kim Fatt #China #gelembung sukan