HANGZHOU: Kontinjen Malaysia mendekati sasaran 27 pingat di Sukan Asia kali ini, selepas menuai dua lagi pingat gangsa menerusi terjun dan olahraga pada hari ke-10 pertandingan, pada Selasa.
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong menambah koleksi pingat meraih gangsa menerusi 10 meter (m) platform wanita, mengulangi pencapaian 13 tahun lepas ketika beliau membuat debut Sukan Asia menerusi gangsa di edisi Guangzhou, China pada 2010.
Kuartet 4x100m wanita, yang dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Shereen Samson Vallabouy, mencipta kejutan apabila meraih gangsa tanpa dijangka.
Selepas mencatatkan 45.01 saat (s) di kedudukan keempat, namun pembatalan larian pasukan Bahrain yang menamatkan saingan di kedudukan ketiga kerana membuat lepasan baton di luar zon pertukaran, menyaksikan kuartet negara diangkat sebagai pemenang gangsa.
Namun, nasib berbeza dilalui kuartet 4x100m lelaki, yang dibatalkan penyertaan kerana kesalahan pencerobohan lorong.
Gandingan Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi sebelum itu menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan catatan 39.19s, yang hanya 0.1s perlahan berbanding rekod kebangsaan.
Secara teknikalnya, Kontinjen Malaysia boleh dikatakan hanya memerlukan sebutir pingat sahaja untuk mencapai sasaran pada temasya kali ini yang bakal menutup tirai pada Ahad ini (8 Okt), selepas skuasy telah menjamin sekurang-kurangnya tiga gangsa apabila wakil negara berjaya melayakkan diri ke separuh akhir.
Bagaimanapun, warna pingat dan pengesahan secara rasmi pingat skuasy hanya akan dibuat selepas aksi separuh akhir hari pada Rabu atau final pada Khamis.
Tiga wakil negara yang akan berjuang dalam separuh akhir esok adalah pemain perseorangan lelaki Ng Eain Yow, perseorangan wanita S. Sivasangari dan beregu campuran Mohammad Syafiq Kamal-Aifa Azman.
Setakat malam ini, Malaysia berada di kedudukan ke-15 selepas meraih tiga emas, empat perak dan 16 gangsa atau sejumlah 23 pingat, manakala dominasi China tidak dapat dicabar selepas kontinjen tuan rumah cemerlang merangkul 161 emas, 90 perak dan 46 gangsa untuk keseluruhan 297 pingat.
Sementara itu di Gimnasium Binjiang, pemain perseorangan lelaki Ng Tze Yong berjaya menyingkirkan Juara Dunia 2021 Loh Kean Yew dari Singapura untuk mara ke pusingan ketiga, manakala Lee Zii Jia pula bakal bertemu Juara Dunia 2023, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand, pada Rabu.
Juara dunia beregu lelaki 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah, perseorangan wanita Goh Jin Wei serta dua beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut akan membuat perhitungan untuk ke suku akhir, esok.
Atlet sukan seperti ekuestrian, terjun, memanah, berbasikal lebuh raya (road cycling), kabbadi dan kriket turut akan beraksi pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Atlet sukan seperti ekuestrian, terjun, memanah, berbasikal lebuh raya (road cycling), kabbadi dan kriket turut akan beraksi pada Rabu. - Gambar fail/Bernama
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Skuad berbasikal lebuh raya perlu RM2 juta setahun - Amarjit
Jumlah itu mengambil kira kedua-dua pasukan lelaki dan wanita, dalam memastikan mereka dapat disediakan dengan program latihan yang mampan.
Sukan Asia: Malaysia mendekati sasaran 27 pingat di Hangzhou
Kontinjen Malaysia mendekati sasaran 27 pingat di Sukan Asia kali ini, selepas menuai dua lagi pingat gangsa menerusi terjun dan olahraga pada hari ke-10 pertandingan.
Azizulhasni, Shah Firdaus kuasai Kejohanan Trek Elit Victoria, Harrif gegar Turki
Pelumba berbasikal lebuh raya Mohd Harrif Saleh dari pasukan Terengganu Cycling team (TSG) menjuarai Grand Prix (GP) Velo Manavgat di Turki.