SUKAN
Sukan Dunia: Atlet orienteering Itali meninggal dunia
Debertolis sedang mengambil bahagian dalam pertandingan orienteering jarak sederhana lelaki apabila beliau mengalami masalah kesihatan. - Foto IOF
ROM: Atlet Itali, Mattia Debertolis meninggal dunia empat hari selepas menyertai pertandingan di Sukan Dunia di bandar Chengdu, China, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut penganjur, atlet orienteering berusia 29 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri selepas rebah semasa perlumbaan pada Jumaat lepas.
Walaupun menerima rawatan perubatan segera di hospital, beliau meninggal dunia pada Selasa, menurut penganjur dalam satu kenyataan. Tiada butiran lanjut diberikan mengenai punca kematiannya.
Penganjur berkata mereka "terkesan dengan tragedi itu dan merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga dan rakan atlet berkenaan serta seluruh komuniti orienteering."
Debertolis sedang mengambil bahagian dalam pertandingan orienteering jarak sederhana lelaki apabila beliau mengalami masalah kesihatan. Menurut laporan media Itali, peranti GPS beliau berhenti menghantar isyarat dan menunjukkan beliau tidak lagi bergerak.
Usaha menyelamat segera dimulakan sebaik sahaja lokasinya dikenal pasti.
Laporan itu menyebut bahawa perlumbaan pada Jumaat itu berlangsung dalam keadaan yang amat sukar, dengan kelembapan tinggi dan suhu mencecah sehingga 42 darjah Celsius.
-- BERNAMA