KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin yang merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini.

Bonnie, juara dunia 2019 dan 2021, memenangi pingat emas dalam kategori lightweight bawah 72 kilogram (kg) di Birmingham selepas melakukan angkatan 220kg yang juga rekod temasya.

-- BERNAMA