SPORTS
Sukan Komanwel Birmingham: Izzah Amzan kecewa mata dipintas saat akhir
Aksi Izzah dalam acara akhir disiplin 'Clubs' sempena Sukan Komanwel 2022 Birmingham di Arena Birmingham, 6 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
GIMNAS negara, Izzah Amzan, tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila pungutan matanya dipintas pada saat-saat akhir dalam acara gimrama individu all-around.
Dalam saingan itu, dia mengumpulkan 108.300 mata, sekali gus terpaksa akur terlepas kedudukan podium di belakang Marfa Ekimova (112.300 mata) dari England, Anna Sokolova (112.100) dari Kepulauan Cyprus dan Alexandra Kiroi-Bogatyreva (111.100 ) dari Australia.
Izzah, bagaimanapun, berasakan dia sudah melakukan yang terbaik namun rezeki tidak memihaknya.
"Saya sudah buat yang terbaik, malangnya sukan yang saya pilih adalah sukan subjektif, jadi perlu akur dengan penjuriannya.
"Mungkin final bukan pentas buat saya kerana sering gagal tetapi saya bersyukur dapat menunjukkan rutin saya hari ini.
"Saya sedih sebab dapat nombor empat kerana saya sudah yang buat terbaik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.