BIRMINGHAM: Bagaikan satu mimpi.
Wira skuad ping pong negara, Ho Ying, tidak percaya apabila dapat membantu menamatkan penantian lapan tahun Malaysia untuk mara ke pentas final selepas mengatasi Wales, 3-2, dalam separuh akhir acara berpasukan wanita pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini, pada Ahad.
Ying menyumbang mata kemenangan untuk Malaysia dengan menumpaskan Charlotte Carey, 7-11, 11-9, 10-12, 11-7, 11-8, di Pusat Pameran Nasional, juga mendedahkan jurulatih Beh Lee Wei menitiskan air mata usai pasukannya menjejakkan kaki ke akhir untuk berdepan Singapura, hari ini.
"Saya tak jangka langsung menang ke final, kami satu team sangat gembira at least dapat menang medal walau apa pun terjadi esok," katanya kepada Bernama selepas perlawanan.
Singapura layak ke final selepas menang 3-0 ke atas Australia dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Ying menjelaskan kejayaan mengejutkan juara bertahan India, 3-2, Sabtu, ternyata memberi keyakinan kepadanya terutamanya dalam berdepan situasi genting apabila menjadi harapan terakhir negara untuk ke final selepas perlawanan terikat 2-2.
Mengenai perlawanan hari ini, pemain berusia 27 tahun itu yang merupakan pemenang gangsa acara beregu wanita bersama Karen Lyne pada edisi Gold Coast 2018, mengakui masih terdapat jurang antara barisan pemain negara dengan pasukan jiran tersebut.
"Tak berani letak menang emas kerana saya akui Singapura dibarisi pemain kelahiran China namun saya harap dapat berikan yang terbaik untuk negara esok," tambahnya.
Dalam pada itu, Lee Wei, yang bangga dengan pencapaian semalam, pula menarik perhatian kejayaan membimbing anak buahnya ke perlawanan akhir memberi makna besar dalam hidupnya selepas menjadi sebahagian daripada pemain yang menyumbang pingat perak di Glasgow 2014.
Justeru, beliau berharap skuad wanita negara mampu mengekalkan prestasi cemerlang dalam usaha mengejutkan Singapura, seterusnya melakar sejarah meraih emas pertama buat negara dalam sukan ping pong pada temasya sukan empat tahun itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
Ho Ying berkata kejayaan mengejutkan juara bertahan India pada Sabtu memberi keyakinan kepadanya terutamanya dalam berdepan situasi genting apabila menjadi harapan terakhir negara untuk ke final. - Gambar fail/BERNAMA
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Birmingham 2022: Ho Ying tewas acara ping pong perseorangan wanita
Ho Ying tewas kepada pemain Australia, Liu Yangzi 13-11, 7-11, 5-11, 12-10, 4-11, 11-9, 7-11.
Malaysia pamer aksi meyakinkan pada pembukaan acara perseorangan
Ho Ying, satu-satunya wakil negara melalui tiga perlawanan, tidak menghadapi masalah mengekalkan rekod bersih dalam Kumpulan 14.
Sukan Komanwel: Ho Ying tak percaya bawa Malaysia ke final
Ying menyumbang mata kemenangan untuk Malaysia dengan menumpaskan Charlotte Carey, 7-11, 11-9, 10-12, 11-7, 11-8.
Tujuh pemain ping pong negara desak campur tangan Syed Saddiq
Nama tujuh pemain ping pong negara sebelum ini digugurkan ke Sukan Sea 2019 oleh Persatuan Ping Pong Malaysia atas alasan disiplin.