BIRMINGHAM: Berbaki tiga hari sebelum temasya Sukan Komanwel 2022 melabuhkan tirai pada Isnin depan, kontinjen negara masih menanti dua kilauan emas bagi mencapai sasaran enam emas di temasya sukan berkenaan.
Pada hari kelapan temasya sukan berprestij edisi Birmingham itu berlangsung pada Jumaat, kem negara sekadar meraih dua pingat perak, masing-masing menerusi acara terjun dan boling padang.
Di kolam renang, pasangan penerjun kebangsaan, Gabriel Gilbert Daim-Muhammad Syafiq Puteh, memenangi pingat pertama Malaysia daripada acara terjun, selepas ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong gagal melunaskan misi menyumbangkan pingat pada Khamis.
BACA: Sukan Komanwel: 'Doa emak saya makbul' - Syafiq
Sementara trio boling padang negara pula terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara triples wanita selepas tumpas 9-17 kepada England pada aksi final.
Kejayaan itu, bagaimanapun, sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan kem boling padang apabila gandingan Siti Zalina Ahmad dan Emma Firyana Saroji, yang menjadi sandaran emas, tumpas di peringkat separuh akhir acara pairs wanita.
BACA: Sukan Komanwel: Juara bertahan Siti Zalina-Emma Firyana kandas di separuh akhir
Pun begitu, Siti Zalina-Emma Firyana berpeluang untuk membawa pulang pingat apabila mereka akan berdepan Selina Goddard-Katelyn Inch dari New Zealand bagi penentuan pingat gangsa, hari ini.
Pada hari kesembilan temasya hari ini, harapan diletakkan kepada beberapa atlet bagi menyumbangkan dua pingat emas yang dinanti-nantikan kontinjen negara.
Selepas menampilkan aksi mengecewakan, prestasi cemerlang Pandelela ditagih bagi menceriakan kontinjen negara apabila atlet kelahiran Sarawak itu akan bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara final 10 meter (m) platform seirama.
BACA: 10m platform: Pandelela gagal naik podium
Nur Dhabitah juga akan turun bergandingan dengan Wendy Ng Yan Yee dalam acara final 3m papan anjal seirama.
Kem negara turut mengharapkan prestasi terbaik daripada skuad gimnastik negara apabila mereka akan turun bersaing dalam empat acara final melibatkan Izzah Amzan dalam disiplin gelung dan belantan, Ng Joe Ee (bola dan riben) serta Koi Sie Yan (riben).
BACA: Sukan Komanwel: 'Dah dekat tapi masih ketinggalan' bagi skuad gimrama negara
Prestasi cemerlang Choong Javen-Karen Lyne, yang merupakan wakil tunggal Malaysia masih meneruskan cabaran dalam acara ping pong, ditagih untuk melakar kejutan apabila berdepan pasangan dari Singapura, Clarence Chew Zhe Yu-Zeng Jian di peringkat separuh akhir acara beregu campuran, hari ini.
Aksi membanggakan atlet boling padang, Fairul Izwan Abd Muin, juga dituntut apabila turun beraksi di peringkat separuh akhir acara singles lelaki.
Selepas tamat hari kelapan pada Jumaat, kontinjen negara meraih keseluruhan empat pingat emas, empat perak dan tiga gangsa.
Austalia kekal sebagai pendahulu pungutan pingat dengan 50 emas, 44 perak dan 46 gangsa, diikuti rapat tuan rumah, England, 47-46-38 manakala Kanada di kedudukan ketiga dengan 19-24-24.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022

Prestasi cemerlang Pandelela ditagih bagi menceriakan kontinjen negara apabila atlet kelahiran Sarawak itu akan bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara final 10 meter (m) platform seirama. - Foto fail/BERNAMA

Cerita Sebalik Berita: 'Suara Anak Bumi'

Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong
Jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.

Cerita Sebalik Berita: Hari Antarabangsa Orang Asli Sedunia

Parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebarang tindakan parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti.
![[TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti [TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981836/thumbnails/21620390201660037911287_640x360.jpg)
[TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebarang tindakan parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti.

Kerajaan akan lancar Dasar Tenaga Negara hujung bulan ini - Mustapa
Dasar Tenaga Negara 2021-2040 akan dilancarkan untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia.

Sistem amaran awal bencana di 20 taman ekorimba - Jabatan Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan memasang Sistem Amaran Awal (EWS) di 20 Taman Ekorimba di seluruh negara yang berisiko dilanda fenomena.

Geng Mamat curi peralatan ECRL ditahan
Empat suspek termasuk seorang wanita ditangkap kerana disyaki curi peralatan bernilai RM30,000 di enam tapak pembinaan.

Atlet tak bawa pulang pingat bukan sampah, bersama beri sokongan moral - Abdul Karim
Jangan anggap atlet kebangsaan yang tidak berjaya seperti sampah sebaliknya beri sokongan moral untuk menaikkan semangat.

Polis buru lelaki warga asing disyaki rogol remaja 14 tahun
Polis Johor sedang memburu seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Kluang, bulan lalu.

Atlet tak bawa pulang pingat bukan sampah, bersama beri sokongan moral - Abdul Karim
Jangan anggap atlet kebangsaan yang tidak berjaya seperti sampah sebaliknya beri sokongan moral untuk menaikkan semangat.

Sejarah, seni, beli-belah (dan Peaky Blinders) di Birmingham
Penduduk Birmingham yang dikenali sebagai 'Brummies' mengucapkan selamat tinggal kepada para atlet temasya tersebut yang menutup tirai semalam.

Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.

Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.

Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.

Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.

Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.

Sukan Komanwel: Joe Ee, Aznil paling berjaya - MOM
Kejayaan Mohd Aznil dan rakan sepasukannya membuktikan kem angkat berat menjadi pasukan paling cemerlang.

Sukan Komanwel: PM ucap tahniah kejayaan Pearly Tan-M Thinaah raih pingat emas ketujuh
Pasangan itu mengalahkan beregu dari England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada aksi final.