awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Komanwel: Prestasi terkini Kontinjen Malaysia membanggakan - Ahmad Faizal

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/08/2022
02:10 MYT
Sukan Komanwel: Prestasi terkini Kontinjen Malaysia membanggakan - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berucap pada majlis makan malam sempena Kejohanan Golf Amatur Terbuka Perak di Kelab Golf Diraja Perak di Ipoh, malam tadi. - Facebook Faizal Azumu
IPOH: Kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan setakat ini.
Lebih membanggakan apabila atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan, berjaya menyumbang pingat emas pertama negara, sekali gus memecahkan rekod kejohanan, walaupun tidak diletakkan sebarang harapan.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kecemerlangan Mohamad Aniq diteruskan Muhamad Aznil Bidin untuk emas kedua, diikuti Muhammad Erry Hidayat untuk pingat perak.
“Saya percaya momentum yang dibawa oleh atlet-atlet angkat berat kita ini akan dapat memberi dorongan kepada atlet dalam sukan lain untuk memberi persembahan yang terbaik.
"Dan saya harap banyak lagi pingat emas dapat kita capai selepas ni,” katanya ketika ditemui selepas majlis makan malam sempena Kejohanan Golf Amatur Terbuka Perak di Kelab Golf Diraja Perak di sini, malam tadi.
Malaysia ketika ini menduduki tangga kelapan dalam Sukan Komanwel 2022 dengan lima pingat diraih setakat ini, termasuk dua pingat emas.
Selain itu dan satu lagi pingat perak disumbangkan atlet angkat berat, Kontinjen Malaysia turut memenangi pingat perak melalui skuad ping pong wanita dan satu gangsa melalui atlet berbasikal, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara keirin.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Sukan Komanwel Birmingham 2022
#pingat emas
#atlet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan