awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris

Bernama
Bernama
26/06/2024
10:15 MYT
Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Hoe Yean (kiri) akan beraksi dalam acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki manakala Rouxin (kanan) 100m kuak dada wanita.
KUALA LUMPUR: Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024 setelah meraih tiket wild card daripada badan induk sukan itu Akuatik Dunia.
Perkembangan tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low ketika dihubungi Bernama hari ini.
"Nama ini sudah diberikan kepada Majlis Olimpik Malaysia. Hoe Yean akan beraksi dalam acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki manakala Tan Rouxin 100m kuak dada wanita," katanya.
Sebelum ini, 22 atlet negara telah mengesahkan penyertaan ke Olimpik termasuk penerjun Bertrand Rhodict Lises yang muncul atlet pertama negara layak ke Paris.
Dalam perkembangan lain, dua penerjun negara, Ooi Tze Liang dan Nur Dhabitah Sabri masih berpeluang untuk beraksi pada temasya itu dengan menggunakan lebihan kuota yang tidak digunakan atlet negara lain.
Pengarah teknikal skuad terjun negara Bryan Nickson Lomas berkata keputusan berkenaan kuota kosong itu hanya akan diketahui pada 8 Julai ini.
Sukan Olimpik 2024 dijadualkan berlangsung dari 26 Julai-11 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#renang
#atlet negara
#Hoe Yean
#Rouxin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan