awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Olimpik Paris: Bintang 76ers, Embiid pilih wakili Amerika Syarikat

Astro Arena
Astro Arena
06/10/2023
04:11 MYT
Sukan Olimpik Paris: Bintang 76ers, Embiid pilih wakili Amerika Syarikat
Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA itu juga mungkin akan beraksi untuk negara asalnya -- Cameroon atau Perancis -- namun dia memilih untuk bersama Amerika Syarikat. - Foto Stadium Astro
SETAHUN selepas menjadi warganegara Amerika Syarikat, bintang Philadelphia 76ers, Joel Embiid, memutuskan untuk beraksi bersama skuad negara itu dalam temasya Sukan Olimpik Paris tahun hadapan.
Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA itu juga mungkin akan beraksi untuk negara asalnya -- Cameroon atau Perancis -- namun dia memilih untuk bersama Amerika Syarikat selepas mengangkat sumpah sebagai warganegera pada September 2022.
"Saya sudah lama di sini dan anak saya juga kelahiran Amerika. Saya tinggal di sini dan ia adalah satu rahmat untuk menjadi sebahagian dari orang Amerika Syarikat. Jadi saya berkata, apa salahnya?"
Embiid dan 76ers memulakan kem latihan minggu ini selepas dia diberi anugerah MVP pertamanya musim lalu.
Pemain berusia 29 tahun itu mencatat purata 33.1 mata tertinggi dalam kerjaya untuk mendahului dalam saingan NBA, menduduki tempat ketujuh dalam halangan (1.7), tempat kelapan dalam rebound (10.2) dan ke-20 dalam peratusan jaringan (54.8).
Embiid juga mengikat kedudukan terbaik peribadi dengan 4.2 bantuan jaringan setiap perlawanan. Skuad Amerika Syarikat juga berharap lebih ramai bintang NBA memilih untuk beraksi di Paris dalam misi mengejar pingat emas kelima bertutu-turut buat pasukan itu.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Joel Embiid
#bintang bola keranjang
#NBA
#Philadelphia 76ers
#olimpik paris
#wakili Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan