awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA 2023: Penantian yang berbaloi - Cheong Min

Bernama
Bernama
12/05/2023
07:48 MYT
Sukan SEA 2023: Penantian yang berbaloi - Cheong Min
Menurut Cheong Min, apa yang menjadikan penantiannya untuk membuat debut di Sukan SEA berbaloi dan lebih bermakna adalah apabila mengungguli saingan Nanquan. - Gambar fail
PHNOM PENH: Penantian panjang juara dunia dua kali, Tan Cheong Min untuk membuat penampilan di Sukan SEA membuahkan hasil "lumayan" selepas menjadi atlet Malaysia pertama memenangi dua pingat emas pada temasya sukan dwitahunan itu di sini, hari ini.
Pencapaian dua emas itu hadir selepas juara dunia 2017 dan 2019 berusia 24 tahun itu mengungguli final Taolu wanita (Nandao+Nangun) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar sekali gus menambah koleksi emasnya selepas mendominasi acara Nanquan, Rabu lepas.
Cheong Min yang dinobatkan Olahragawati Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2019/2020 menyifatkan kejayaan merangkul dua emas sebagai sesuatu yang amat berharga selepas kempunan beraksi pada dua edisi Sukan SEA terdahulu apabila acaranya tidak dipertandingkan.
Katanya, apa yang menjadikan penantiannya untuk membuat debut di Sukan SEA berbaloi dan lebih bermakna adalah apabila mengungguli saingan Nanquan.
"Kejayaan ini sangat berharga bagi saya kerana pada dua edisi terdahulu acara saya tidak dipertandingkan. Jadi sekarang saya sudah memenangi emas (kedua) ini dan saya rasa ia (penantian) berbaloi.
"Walaupun saya sudah muncul juara dunia tetapi ia dalam acara Nandao, kali ini di Sukan SEA saya dapat emas acara Nanquan kemudian acara hari ini (Nandao+Nangun). Selain itu, di Sukan SEA juga saya mewakili kontinjen Malaysia," katanya ketika ditemui di sini.
Pada masa sama, beliau teruja menjadi atlet Malaysia pertama yang memenangi dua emas.
Cheong Min berkata beliau sempat melihat senarai pemenang emas kontinjen negara dalam media sosial pada sebelah pagi sebelum acaranya bermula dan mendapati tiada seorang atlet pun yang gambarnya dimuat naik sebanyak dua kali.
"Jadi pada saat memenangi emas hari ini saya menjerit kerana tidak percaya saya menang emas kedua dan keduanya, sebab tugas saya di sini sudah tamat dan selangkah ke Sukan Asia 2022 kerana di sana juga ada disiplin yang digabungkan.
"Sebenarnya acara hari ini membuatkan saya sedikit gementar kerana saya takut membuat kesilapan yang boleh jejaskan ranking saya untuk beraksi di Sukan Asia," katanya.
Cheong Min memenangi emas acara Nandao+Nangun hari ini selepas mengumpul keseluruhan 19.16 mata.
Pingat perak dimenangi atlet Vietnam Phan Thi Tu Binh yang meraih keseluruhan 18.413 mata sementara Aye Thitsar Myint dari Myanmar mengumpul 18.303 mata untuk membawa pulang gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Tan Cheong Min
#Olahragawati Kebangsaan
#Majlis Anugerah Sukan Negara 2019 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan