awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA 2023: Saiful Bahri Musmin sumbang pingat emas keenam

Bernama
Bernama
07/05/2023
09:42 MYT
Sukan SEA 2023: Saiful Bahri Musmin sumbang pingat emas keenam
Saiful Bahri menewaskan wakil Laos Bountamy Southammavong 13-9.- FB Majlis Sukan Negara Malaysia
KUALA LUMPUR: Atlet petanque Saiful Bahri Musmin menyumbangkan pingat emas keenam buat negara dalam acara singles lelaki pada Sukan SEA 2023 hari ini.
Menurut Saiful Bahari beliau tidak menjangka berjaya merangkul pingat emas kerana persediaannya bagi menghadapi temasya kali ini agak singkat iaitu kira-kira sebulan.
“Saya terpaksa menjalani latihan sendiri disebabkan tugasan saya di Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Jadi kejayaan meraih emas ini memang tidak diduga,” katanya yang pernah meraih emas ketika edisi 2017 dan 2019, masing-masing dalam acara doubles dan triples lelaki.
Biarpun terpaksa menjalani latihan bersendirian berikutan tuntutan tugasnya selaku kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, ia bukan penghalang bagi atlet berusia 32 tahun itu untuk menampilkan prestasi terbaik pada temasya kali ini.
Mengenai aksi di peringkat akhir itu, beliau bersyukur dapat menampilkan prestasi terbaik di penghujung saingan bagi menjarakkan mata sekali gus memenangi pertarungan tersebut.
Di peringkat saingan akhir yang berlangsung sengit di Kompleks Petanque Olimpik, Saiful Bahri menewaskan wakil Laos Bountamy Southammavong 13-9.
Peserta Thailand Akkrachai Meekhong dan wakil tuan rumah Sok Chanmean berkongsi pingat gangsa selepas, masing-masing tumpas di peringkat separuh akhir.
Sementara itu, Nur Durratul Iffah Yazit meraih gangsa selepas tewas di peringkat separuh akhir dalam acara singles wanita.
Topic Berkaitan
#Olimpik
#Sukan SEA
#Atlet petanque
#Saiful Bahri Musmin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan