SUKAN
Sukan SEA 2025: BAM muktamadkan senarai pemain sebelum Kejohanan Dunia
Rexy berkata pihaknya akan berbincang dengan semua jurulatih beregu bagi menentukan kombinasi terbaik. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka memuktamadkan senarai akhir pemain ke Sukan SEA 2025 di Thailand seminggu sebelum skuad negara berlepas ke Kejohanan Dunia 2025 di Paris, Perancis pada 25 hingga 31 Ogos ini.
Ringkasan AI
Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM Rexy Mainaky berkata pihaknya akan berbincang dengan semua jurulatih beregu bagi menentukan kombinasi terbaik.
"Beri kami beberapa hari lagi, mungkin seminggu, sebelum mengumumkan keputusan muktamad. Sukan SEA tidak bertembung dengan Jelajah Dunia Akhir.
"Kami masih dalam perbincangan sebelum membuat keputusan. Jika Indonesia dan Thailand menghantar pasukan penuh, kami juga perlu memastikan skuad yang dibawa mampu mencabar kedua-dua negara itu bagi memburu pingat emas," katanya selepas Mesyuarat Pemilihan Sukan SEA 2025 di Wisma OCM di sini hari ini.
Rexy turut memaklumkan beberapa pasangan utama seperti beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik; beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah serta beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berkemungkinan besar dikekalkan dalam senarai, namun menegaskan ia masih belum muktamad.
"Komen pemain seperti Aaron-Wooi Yik yang mahu memberi peluang kepada atlet muda, kami hargai. Tambahan pula, dalam acara beregu, kita mempunyai ramai pemain berbakat seperti Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Wan Arif-Roy King dan Hon Jian-Muhammad Haikal. Namun apapun perlu berbincang dengan jurulatih," jelasnya.
Senarai akhir pemain ke Sukan SEA 2025 dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini dijangka mengandungi 20 pemain terdiri daripada 10 lelaki dan 10 wanita.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- BAM akan memuktamadkan senarai 20 pemain ke Sukan SEA 2025 dalam masa seminggu, sebelum skuad negara berlepas ke Kejohanan Dunia di Paris pada 25 Ogos.
- Beberapa pasangan utama seperti dijangka dikekalkan, namun BAM masih berbincang dengan jurulatih untuk menentukan kombinasi terbaik dan memberi ruang kepada pemain muda berbakat.
- Malaysia berhasrat menghantar pasukan terkuat untuk mencabar Indonesia dan Thailand, dengan misi memburu pingat emas dan memperkukuh prestasi.