SUKAN
Sukan SEA 2025: Keselamatan atlet negara dijamin
Anggota Tentera Udara Diraja Thailand menaikkan Jalur Gemilang pada Majlis Menaikkan Bendera Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Tertutup Hua Mark, Bangkok, 8 Dis 2025. -- fotoBERNAMA
BANGKOK: Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) Nurul Huda Abdullah memberi jaminan keselamatan dan kebajikan atlet negara tetap terpelihara walaupun ketegangan antara Thailand dan Kemboja masih berterusan.
Ringkasan AI
Nurul Huda berkata kontinjen Malaysia sentiasa dimaklumkan perkembangan terkini dan diingatkan untuk terus fokus kepada misi mereka pada temasya sukan dwitahunan itu.
Beliau menegaskan bahawa kebimbangan terhadap isu itu tidak seharusnya mengganggu tumpuan atlet kerana semua langkah berwaspada telah diambil bagi memastikan kesejahteraan mereka.
"Setakat ini, semua atlet saya jumpa (dan) pasukan yang telah berada di sini sudah membuat persediaan rapi dan sangat teruja menantikan permulaan temasya. Saya mahu mereka untuk terus fokus kepada perkara itu.
"Setakat ini, tidak perlu bimbang. Kami akan menjaga serta memberi jaminan kepada keselamatan dan kebajikan mereka. Perkara itu menjadi keutamaan," katanya semasa ditemui pada acara menaikkan bendera Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Tertutup Hua Mark di sini semalam.
Terdahulu, media melaporkan Thailand melancarkan serangan udara ke atas Kemboja selepas pertempuran baharu tercetus di beberapa kawasan sempadan yang dipertikaikan, susulan dua pihak itu saling menuduh melanggar deklarasi gencatan senjata.
Nurul Huda berkata penyelarasan telah dibuat dengan Kedutaan Malaysia di Thailand termasuk pengaktifan saluran kontingensi sebagai sebahagian daripada langkah tindak balas pantas.
"Kami sudah mengaktifkan saluran tindak balas pantas 24 jam sehari. Jadi tidak perlu bimbang untuk atlet dan pegawai yang sudah berada di sini," katanya.
Sementara itu, kontinjen dari semua 11 negara yang mengambil bahagian menyertai acara simbolik itu yang menandakan penganjuran rasmi temasya sukan tersebut dari 9 hingga 20 Dis.
Acara dimulakan dengan perarakan masuk atlet dan pegawai diikuti menaikkan bendera negara dan lagu kebangsaan sebelum diakhiri sesi bergambar berkumpulan.
Malaysia menetapkan sasaran 200 pingat tanpa mengira warna dengan beberapa sukan telah bermula minggu ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) Nurul Huda Abdullah memastikan keselamatan dan kebajikan atlet negara terjaga walaupun ketegangan antara Thailand dan Kemboja berterusan.
- Nurul Huda menegaskan kebimbangan terhadap isu tersebut tidak boleh mengganggu tumpuan atlet, dengan langkah berwaspada telah diambil untuk memastikan kesejahteraan mereka.
- Media melaporkan Thailand melancarkan serangan udara ke atas Kemboja selepas pertempuran di sempadan, namun Nurul Huda memaklumkan langkah penyelarasan telah diambil untuk memastikan keselamatan atlet Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025.