awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
DUNIA
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
MALAYSIA
KBS latih tenaga pengajar ILKBS kuasai teknologi AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Sukan SEA 2025: Mohd Manshahar dicadang kemudi skuad olahraga negara

Bernama
Bernama
18/06/2025
00:10 MYT
Sukan SEA 2025: Mohd Manshahar dicadang kemudi skuad olahraga negara
Mohd Manshahar telah dicadangkan untuk dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan bagi Sukan SEA 2025 di Thailand, dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jurulatih Skuad Olahraga Kebangsaan, Mohd Manshahar Abdul Jalil telah dicadangkan untuk dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan bagi Sukan SEA 2025 di Thailand, dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini.
Menerusi kenyataan di laman Facebook Olahraga Malaysia (MA) malam tadi, cadangan bagi melantik Mohd Manshahar bagi tempoh enam bulan itu telah diutarakan dalam satu perbincangan strategik antara badan induk itu dengan Majlis Sukan Negara (MSN).
"Pelantikan ini bagi menyelaraskan kelancaran pelan perancangan persiapan pasukan dalam tempoh tersebut dan cadangan ini akan dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan dalam masa terdekat oleh pihak berkaitan," menurut kenyataan itu.
Menurut MA, sesi berkenaan juga membincangkan penstrukturan semula barisan jurulatih program serta pelaksanaan program pendedahan latihan serta pertandingan luar negara sebagai usaha strategik memperkukuh prestasi dan kesiapsiagaan skuad olahraga negara menjelang temasya dwitahunan itu.
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan inisiatif yang dirancang, MA memaklumkan, mesyuarat jawatankuasa kerja (JKK) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan tindakan susulan secara lebih terperinci.
"MSN dan MA komited untuk memastikan persiapan rapi dan menyeluruh demi mencapai kejayaan cemerlang olahraga Malaysia di Sukan SEA 2025," menurut kenyataan itu.
Pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, Malaysia yang gagal menepati sasaran meraih 10 emas sekadar membawa pulang lima emas, tiga perak dan 12 gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA 2025
#mohd manshahar abdul jalil
#Ketua Jurulatih Kebangsaan
#Olahraga Malaysia
#Majlis Sukan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami