SUKAN
Sukan SEA 2025 peluang untuk lawan pedang kembali bawah program MSN
Sebagai rekod, skuad lawan pedang kebangsaan merangkul empat gangsa pada edisi 2023 di Kemboja selepas membawa pulang satu perak dan tiga gangsa di Hanoi (edisi 2021). - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Sukan SEA 2025 di Thailand bulan depan dijangka menjadi batu loncatan penting buat skuad lawan pedang kebangsaan untuk kembali meraih tempat dalam program di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) selepas digugurkan sejak 2013.
Ringkasan AI
Pengurus skuad lawan pedang kebangsaan ke Sukan SEA 2025, Mohammad Hairi Abdullah berkata atlet lawan pedang negara berpeluang cerah untuk diserap semula ke dalam program di bawah MSN sekiranya mempamerkan prestasi memberangsangkan pada temasya sukan dwitahunan itu dari 9-22 Dis ini.
Beliau berkata skuad itu yang mempertaruhkan 17 atlet merangkumi tiga disiplin iaitu foil, epee dan sabre, menyasarkan untuk membawa pulang dua pingat gangsa namun beliau tidak menolak kemungkinan pencapaian lebih baik mampu diraih.
"Saya dimaklumkan sekiranya pasukan lawan pedang negara boleh capai sasaran atau memenangi pingat lebih baik, program (MSN) itu sedia menanti. Jadi sebab itu kita berharap atlet lawan pedang dapat 'perform' supaya dapat masuk ke dalam program yang sepatutnya kita berada.
"Dan kita sebenarnya sudah mula rasa kehausan pingat emas di Sukan SEA, harapannya kita mampu bawa pulang satu emas atau sekurang-kurangnya dua gangsa tetapi disebabkan salah satu disiplin lagi juga telah memulakan latihan jitu, jadi kemungkinan besar kita boleh raih lagi pingat," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Pada masa sama, beliau yang juga naib presiden Persatuan Lawan Pedang Malaysia berkata skuad kebangsaan ketika ini sedang membuat persediaan di luar negara mengikut disiplin masing-masing antaranya di Korea Selatan, Itali, Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura.
Katanya kesemua atlet itu akan kembali ke tanah air terlebih dahulu bagi mengikuti kem fasa akhir di sini sebelum membawa cabaran negara di Thailand.
Sebagai rekod, skuad lawan pedang kebangsaan merangkul empat gangsa pada edisi 2023 di Kemboja selepas membawa pulang satu perak dan tiga gangsa di Hanoi (edisi 2021).
Kali terakhir Malaysia memenangi emas dalam sukan lawan pedang adalah pada edisi 2011 di Indonesia menerusi acara sabre berpasukan lelaki dibarisi trio Muhammad Radhi Hasim, Yu Peng Kean dan Liong Ming Chan, manakala Joshua Koh turut menyumbang emas epee individu lelaki.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sukan SEA 2025 di Thailand menjadi peluang penting bagi skuad lawan pedang kebangsaan untuk kembali ke program di bawah Majlis Sukan Negara selepas digugurkan sejak 2013.
- Pengurus skuad menyasarkan dua pingat gangsa pada Sukan SEA 2025, namun berharap untuk mencapai pencapaian lebih baik yang mungkin membawa atlet ke dalam program MSN.
- Atlet lawan pedang sedang bersedia di luar negara, seperti Korea Selatan, Itali, Amerika Syarikat, Jepun, dan Singapura, sebelum kembali ke Malaysia untuk persediaan fasa akhir sebelum ke Thailand.