awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA 2025: Skuad ragbi 7s sahut cabaran bawa pulang pingat emas

Bernama
Bernama
09/12/2025
11:15 MYT
Sukan SEA 2025: Skuad ragbi 7s sahut cabaran bawa pulang pingat emas
Skuad Ragbi 7S lelaki bergambar pada majlis pengumuman Senarai Pemain Skuad Bunga Raya 7S Lelaki dan Wanita ke Sukan Sea Thailand 2025 di Hong Leong Yamaha Motor. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki kebangsaan optimis dapat melayakkan diri ke final Sukan SEA 2025 bagi memburu pingat emas walaupun berdepan perubahan format pertandingan susulan penarikan diri Indonesia.

Ringkasan AI
  • Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki Malaysia optimis melayakkan ke final Sukan SEA 2025 walaupun Indonesia tarik diri, format pertandingan berubah kepada liga sepusingan.
  • Ketua jurulatih, Nik Safuan Ismade, sebut format baru memerlukan dua kemenangan pada hari pertama dan satu pada hari kedua, berbanding format kumpulan sebelum ini.
  • Presiden Ragbi Malaysia, Amir Amri, yakin pingat emas realistik disebabkan komitmen pemain; Thailand dan Singapura dianggap pencabar utama dalam persaingan.

Ketua jurulatih 7s ragbi lelaki negara Nik Safuan Ismade Nik Man berkata format asal yang menggunakan sistem kumpulan kini digantikan dengan format liga sepusingan sekali gus menjadikan laluan ke akhir lebih mencabar.
"Jika format kumpulan, kami hanya perlu menang sekurang-kurangnya satu perlawanan untuk layak ke separuh akhir.
"Bagaimanapun dengan format liga sepusingan, kami perlu menang minimum dua perlawanan pada hari pertama dan satu lagi pada hari kedua," katanya ketika ditemui semalam.
Semalam, Presiden Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad berkata sasaran untuk membawa pulang pingat emas dalam acara itu yang kali terakhir dimenangi pada edisi 2017 di Kuala Lumpur adalah realistik berdasarkan komitmen dan semangat yang ditunjukkan pemain.
Sementara itu, Nik Safuan Ismade berkata cabaran sengit bakal ditampilkan setiap pasukan yang telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi Sukan SEA 2025 dengan Thailand dilihat antara pencabar utama.
"Singapura sudah dua tahun membuat persiapan, Thailand pula antara pencabar utama, manakala Filipina dijangka membawa masuk 11 pemain warisan dari New Zealand," katanya.
Beliau berkata anak buahnya bagaimanapun tidak perlu gentar dengan mana-mana pasukan dan akan memberi aksi yang terbaik dalam merealisasikan misi membawa pulang pingat emas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#pingat emas
#cabaran sengit
#format asal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan