SUKAN
Sukan SEA 2025: SOP kecemasan disediakan bantu atlet hadapi bencana
JEFRI: Di peringkat MSN dan MOM, kami telah mengeluarkan satu garis panduan SOP kecemasan bagi semua pihak melihat dan meneliti sekiranya berlaku apa-apa kejadian. - Gambar fail/BERNAMA
SEPANG: Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) kecemasan bagi membantu kontinjen negara menghadapi sebarang situasi luar jangka termasuk bencana pada Sukan SEA 2025 di Thailand, dijadual bermula 9-20 Dis ini.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah MSN Jefri Ngadirin berkata pengeluaran SOP baharu itu diputuskan pihaknya dan MOM dalam satu mesyuarat tergempar bagi menilai situasi semasa yang sedang dihadapi tuan rumah termasuk banjir di satu daripada wilayah terlibat dengan Sukan SEA kali ini iaitu Songkhla.
"Di peringkat MSN dan MOM, kami telah mengeluarkan satu garis panduan SOP kecemasan bagi semua pihak melihat dan meneliti sekiranya berlaku apa-apa kejadian semasa Sukan SEA, mereka akan rujuk kepada SOP tersebut.
"Kita juga sertakan nombor perhubungan sekretariat dalam, luar, kedutaan dan pihak keselamatan bagi membolehkan pengurus pasukan, jurulatih dan juga atlet mendapatkan atau menghubungi pihak-pihak berkaitan secara terus," katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan kontinjen Deaflympics Tokyo 2025 negara di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada Khamis.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Jefri mengulas laporan media Thailand semalam bahawa semua acara Sukan SEA 2025 di Songkhla akan dipindahkan ke Bangkok susulan banjir serta kebimbangan keadaan venue di wilayah terbabit sebaik air surut.
Keputusan itu dilaporkan dicapai dalam satu mesyuarat semalam dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sukan SEA ke-33 Chaiyapak Siriwat, Menteri Pelancongan Thailand,Atthakorn Sirilatthayakorn serta wakil negara peserta, menurut Timbalan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Kebangsaan Thailand (NOCT) Chalitrat Chantarubeksa.
Bagaimanapun, media negara itu melaporkan pengumuman rasmi mengenai keputusan berkenaan dijadual esok.
Sebanyak 10 acara sukan menawarkan 109 pingat emas iaitu tinju, silat, bola sepak, catur, judo, kabadi, karate, gusti, petanque dan wushu dijadualkan berlangsung di Songkhla.
Dalam pada itu, Jefri berkata mesyuarat bersama MOM turut memutuskan bahawa kesemua atlet negara yang dijadualkan bertanding di Songkhla menggunakan mod pengangkutan udara sekiranya tuan rumah memindahkan acara sukan terlibat ke Bangkok.
Minggu lepas, beliau dilaporkan berkata MSN memilih mod pengangkutan darat bagi atlet negara yang bakal berjuang di Songkhla atas faktor wilayah berkenaan yang berdekatan dengan sempadan Malaysia.
Sementara itu, beliau berkata MSN telah menggerakkan sekretariat luar mereka bagi memastikan pengangkutan dan juga khidmat sokongan di Bangkok nanti tidak terjejas dengan penambahan jenis sukan yang akan diadakan di ibu negara Thailand itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengeluarkan SOP kecemasan bagi menyokong kontinjen negara menghadapi situasi luar jangka termasuk bencana di Sukan SEA 2025 di Thailand.
- Garis panduan SOP disertakan dengan nombor perhubungan penting untuk pengurus pasukan, jurulatih, dan atlet menghubungi pihak berkaitan secara terus.
- Acara Sukan SEA 2025 di Songkhla berpotensi dipindahkan ke Bangkok disebabkan banjir, dengan 10 acara sukan dan 109 pingat emas yang ditawarkan di Songkhla.