awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aduan disiplin terhadap Muhyiddin tidak berasas - Tun Faisal
Subahan optimis Speedy Tigers tempah slot ke Piala Dunia 2026
Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Aaron-Wooi Yik gagal raih emas kedua badminton

Bernama
Bernama
14/12/2025
10:40 MYT
Sukan SEA: Aaron-Wooi Yik gagal raih emas kedua badminton
Pasangan Malaysia itu gagal meraih pingat emas kedua selepas kalah kepada Sabar Karyaman-Moh Reza Pahlevi Isfahani. - Foto Bernama
BANGKOK: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal mengutip pingat emas kedua pada Sukan SEA selepas tewas kepada pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada perlawanan akhir edisi 2025 di Pathum Thani, Thailand hari ini.

Ringkasan AI
  • Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tewas kepada pasangan Indonesia dalam perlawanan akhir Sukan SEA 2025 di Thailand.
  • Pasangan Malaysia itu gagal meraih pingat emas kedua selepas kalah kepada Sabar Karyaman-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
  • Meskipun berjuang, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kalah dengan skor 14-21, 21-17 dalam pertemuan tersebut.

Beregu pilihan pertama Malaysia itu sekali lagi dikecewakan oleh pasangan pilihan ketiga dari Indonesia, sekali gus menerima kekalahan keempat dalam lima pertemuan menentang Sabar Karyaman-Moh Reza di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat.
Juara dunia 2022 itu bergelut untuk mendapatkan rentak permainan pada awal perlawanan dan gagal mengekang tekanan pihak lawan sebelum tewas 14-21 pada set pembukaan.
Pada set kedua, kedua-dua beregu terikat 10-10 sebelum juara edisi 2019 itu gagal menyerap tekanan untuk membolehkan pasangan Indonesia itu melebarkan kedudukan dan mengesahkan pingat emas dengan kemenangan 21-17 dalam masa 44 minit selepas pukulan balas Wooi Yik tersasar keluar.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#beregu lelaki badminton
#gagal raih emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan