SUKAN
Sukan SEA: Aaron-Wooi Yik gagal raih emas kedua badminton
Pasangan Malaysia itu gagal meraih pingat emas kedua selepas kalah kepada Sabar Karyaman-Moh Reza Pahlevi Isfahani. - Foto Bernama
BANGKOK: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal mengutip pingat emas kedua pada Sukan SEA selepas tewas kepada pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada perlawanan akhir edisi 2025 di Pathum Thani, Thailand hari ini.
Ringkasan AI
Beregu pilihan pertama Malaysia itu sekali lagi dikecewakan oleh pasangan pilihan ketiga dari Indonesia, sekali gus menerima kekalahan keempat dalam lima pertemuan menentang Sabar Karyaman-Moh Reza di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat.
Juara dunia 2022 itu bergelut untuk mendapatkan rentak permainan pada awal perlawanan dan gagal mengekang tekanan pihak lawan sebelum tewas 14-21 pada set pembukaan.
Pada set kedua, kedua-dua beregu terikat 10-10 sebelum juara edisi 2019 itu gagal menyerap tekanan untuk membolehkan pasangan Indonesia itu melebarkan kedudukan dan mengesahkan pingat emas dengan kemenangan 21-17 dalam masa 44 minit selepas pukulan balas Wooi Yik tersasar keluar.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tewas kepada pasangan Indonesia dalam perlawanan akhir Sukan SEA 2025 di Thailand.
- Pasangan Malaysia itu gagal meraih pingat emas kedua selepas kalah kepada Sabar Karyaman-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
- Meskipun berjuang, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kalah dengan skor 14-21, 21-17 dalam pertemuan tersebut.