awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Atlet muay thai negara akan jalani latihan di Bangkok

Bernama
Bernama
12/12/2021
10:25 MYT
Sukan SEA: Atlet muay thai negara akan jalani latihan di Bangkok
Atlet negara Mohammad Rifdean Masdor (kiri) dalam aksi menentang atlet Thailand Naruephon Chittra pada Kejohanan Muay Thai Dunia 2021 di Bangkok pada 11 Disember. - Bernama
BANGKOK: Persatuan Muaythai Malaysia akan menghantar atlet negara menjalani latihan di sini, sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA di Hanoi, Vietnam tahun depan yang dijadual berlangsung dari 12 hingga 23 Mei.
Presidennya Datuk Muhammad Shahnaz Maula Azmi berkata berikutan ketiadaan sebarang pertandingan dan kejohanan ekoran pandemik COVID-19, pada kali ini tiada sesi pemilihan awal atlet bagi menghadapi temasya sukan berkenaan.
Oleh sebab itu beliau berkata, pemilihan atlet untuk Sukan SEA Hanoi akan berdasarkan kepada prestasi mereka pada Kejohanan Muay Thai Dunia 2021 di Bangkok, yang berakhir semalam.
"Kita kesuntukan masa untuk pemilihan atlet kerana hanya tinggal lima bulan sebelum temasya Sukan SEA. Saya akan hantar mereka ke sini (Thailand) untuk latihan pasukan kebangsaan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Muhammad Shahnaz berkata atlet kebangsaan perlu menjalani latihan di luar negara agar dapat pendedahan dan menimba pengalaman sekali gus meningkatkan prestasi masing-masing.
"Selain itu, kita juga menghadapi cabaran kerana ketiadaan rakan seperlatihan khususnya untuk atlet seperti Mohammad Rifdean Masdor dan Ahmad Nor Iman Aliff Rakib," katanya.
Skuad Muay Thai negara menampilkan aksi cemerlang apabila membawa pulang lima pingat emas pada Kejuaraan Muay Thai Dunia 2021.
Malaysia meraih pingat emas menerusi Mohammad Rifdean dalam kategori Bawah 23 Elite 48 kilogram (kg); Ahmad Nor Iman (Remaja 16-17 tahun, acara 51kg); Texas Jeremy Lo (Remaja 12-13; 44kg); Ahmad Akid Mohd Nazrul Hisyam (Remaja 12-13; 54kg) dan Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (Remaja 11-13; 32-36kg).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muay Thai
#latihan
#Bangkok
#Muhammad Shahnaz Maula Azmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan