awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Cheong Min atlet Malaysia pertama sumbang dua emas

Bernama
Bernama
12/05/2023
04:49 MYT
Sukan SEA: Cheong Min atlet Malaysia pertama sumbang dua emas
Sebelum ini, Cheong Min yang juga juara dunia 2019 dalam acara Nandao, merangkul emas Nanquan wanita yang merupakan emas pertama kem wushu negara di Sukan SEA 2023. - Foto BERNAMA
PHNOM PENH: Jaguh wushu kebangsaan Tan Cheong Min muncul atlet Malaysia pertama merangkul dua pingat emas pada temasya Sukan SEA 2023 selepas mengungguli saingan final Taolu wanita (Nandao + Nangun) di sini, hari ini.
Pada final disiplin Nandao yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Cheong Min mengumpul 9.65 mata untuk mengumpul keseluruhan 19.16 mata sekali gus mengesahkan kejayaan merangkul emas keduanya.
Pingat perak dimenangi atlet Vietnam Phan Thi Tu Binh yang meraih keseluruhan 18.413 mata sementara Aye Thitsar Myint dari Myanmar mengumpul 18.303 mata untuk membawa pulang gangsa.
Sebelum ini, Cheong Min yang juga juara dunia 2019 dalam acara Nandao, merangkul emas Nanquan wanita yang merupakan emas pertama kem wushu negara di Sukan SEA 2023, selain menghadiahkan gangsa dalam acara Nandao wanita, Rabu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tan Cheong Min
#Sukan SEA
#wushu
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan