PHNOM PENH: Kegagalan melepasi dua lompatan pada saingan awal membawa padah kepada atlet lompat bergalah wanita negara, Nor Sarah Adi dalam usahanya mempertahankan emas pada Sukan SEA 2023 di sini, pada Rabu.
Biarpun berkongsi catatan 4.05 meter (m) dengan Chonthicha Khabut, namun tuah memihak kepada atlet Thailand itu untuk merampas emas daripadanya pada hari ketiga saingan olahraga di Stadium Nasional Morodok Techo, semalam.
Nor Sarah pula gagal melepasi percubaan pertama masing-masing pada ketinggian 3.85m dan 3.90m manakala Chonthicha pula dapat menyempurnakan kesemua lompatannya pada percubaan pertama.
Setiap peserta hanya dibenarkan membuat tiga kali percubaan pada setiap ketinggian dilakukan.
Biarpun tidak berjaya mengekalkan emas dimenanginya, Nor Sarah tidak berasa hampa dengan keputusan tersebut kerana dapat memperbaharui catatan peribadi iaitu 4.00m ketika membuat penampilan pertama pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.
"Dua kali lompatan saya batal walaupun catatan sama namun juri dapati lompatan atlet Thailand lebih kemas," kata Nor Sarah kepada pemberita, di sini.
Lebih menarik, beliau mengakui baru sahaja kembali menjalani latihan pada Selasa dan mula melompat semalam selepas mengalami kecederaan ligamen di kaki kanan dua minggu lepas.
"Dua minggu saya tinggalkan latihan kerana tumpu pada pemulihan tapi masih berupaya lakar catatan peribadi terbaik. Saya ingat tak boleh lompat kerana ligamen putus namun saya bertanding juga, tak rasa sakit dan saya pun dah balut bahagian yang cedera," katanya.
Atlet berusia 22 tahun itu pada masa sama tetap berterima kasih kepada Institut Sukan Negara atas bantuan diberikan sehingga beliau dapat beraksi pada temasya sukan dwitahunan kali ini.
Dalam pada itu, jaguh lempar cakera wanita negara, Queenie Ting Kung Ni tidak berjaya membawa pulang emas selepas merangkul perak dengan catatan 50.73m.
Subenrat Insaeng mempertahankan emas dengan lemparan sejauh 57.69m manakala gangsa diraih Thi Cam Lung De dari Vietnam dengan catatan 45.08m.
Queenie berkata atlet Thailand yang pernah menyertai Sukan Olimpik 2016 dan 2020 itu sememangnya sukar dicabar dan reda dengan rezeki pingat perak dimenanginya semalam, sekali gus mengulangi pencapaian dilakarnya pada edisi lepas di Hanoi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
Aksi Nor Sarah pada Sukan SEA 2023 Phnom Penh di Stadium Nasional Morodok Techo Kemboja, Phnom Penh, 10 Mei 2023. --fotoBERNAMA
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Program Penuaan Sihat tingkat kesedaran isu keuzuran warga emas
Program itu juga bagi mengenal pasti status kesihatan warga emas dalam komuniti supaya intervensi awal dapat dilaksanakan.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Sukan Asia Hangzhou: Nor Sarah lompat galah tanpa catatan
Nor Sarah menamatkan saingan tanpa sebarang catatan berikutan tidak melepasi had ketinggian pertama, 3.80m.
Sukan SEA: Dua kali lompatan batal, Nor Sarah terlepas pertahan emas
Biarpun berkongsi catatan 4.05m dengan Chonthicha Khabut, namun tuah memihak kepada atlet Thailand itu untuk merampas emas daripadanya.
Kepantasan Muhammad Azeem, Nor Sarah hangatkan Sukma ke-20
Masing-masing dinobatkan raja dan ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 selepas mendominasi akhir acara 100 meter (m) hari ini.
Kata azimat ayah kuatkan semangat Nor Sarah rangkul emas di Sukan SEA
Nalurinya merasakan anaknya akan berjaya rangkul emas dan terus memberi kata semangat kepada anaknya agar tidak menghampakan rakyat Malaysia dan keluarga.
Nor Sarah cipta kejutan lompat bergalah, kuartet 4x100m lelaki pecah rekod
Lompatan itu mengatasi Chonticha Khabut dari Thailand yang melakukan lompatan 3.80m dan Alyana Martinez dari Filipina (3.60m).