PHNOM PENH: Pengendali skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan E. Elavarasan enggan menyalahkan faktor luaran selepas Malaysia tumpas 0-2 kepada Thailand pada aksi kedua Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 di Stadium Prince di sini hari ini.
Beliau berkata pasukannya perlu menerima kekalahan dan tidak menjadikan cabaran bermain dalam cuaca panas melampau sehingga suhu mencecah 39 darjah Celcius sebagai alasan.
"Di sini keadaan cuaca memang berbeza dan pemain terpaksa menyesuaikan diri tetapi kita tidak mahu menyalahkan apa-apa. Ya kita kalah 2-0 dan mereka (pihak lawan) mempunyai peluang yang lebih baik dan menjaringkan gol.
"Kemudian kita terus mencari one special thing to happen tapi tidak menjadi, jadi kita kena terima kekalahan ini," katanya yang optimis pintu buat skuad bimbingannya ke separuh akhir masih terbuka ketika ditemui selepas perlawanan.
Elavarasan yakin skuad negara akan bangkit memburu keputusan positif pada aksi ketiga bertemu juara bertahan Vietnam di venue sama Isnin depan biarpun di atas kertas, keputusan seakan berpihak kepada pasukan lawan namun Malaysia bukan pasukan yang lemah.
"Ini adalah kitaran di mana pemain-pemain akan menempuh perlawanan sebegini. Untuk perlawanan hari ini, kita bermula baik tetapi dibolosi sebelum tumpuan terjejas. Apa yang penting mentaliti para pemain yang mahukan kemenangan, saya pasti kita akan buat lebih baik," katanya.
Kapten pasukan Muhammad Azam Azmi Murad pula menyifatkan pasukan negara tidak mempunyai pilihan lain selain wajib melakar kemenangan ke atas Vietnam dan Singapura dalam baki dua perlawanan kumpulan.
Pemain Terengganu FC itu menyeru rakan sepasukan untuk lebih berdisiplin dalam permainan.
"Bagi saya, kekalahan ini satu pengajaran dan semangat untuk pasukan bangkit semula... malam ini mungkin para pemain penat ataupun hilang fokus sekejap. Fokus penting dalam permainan, kalau tak fokus kita akan dihukum, perkara itu perlu ditambah baik lagi," katanya.
Pada pertembungan hari ini, dua pemain gantian Thailand Anan Yodsangwal dan Yotsakon Burapha masing-masing menjadi duri dalam daging buat skuad Harimau Muda selepas meledak gol pada separuh masa kedua.
Selepas dua perlawanan, Vietnam dan Thailand berkongsi enam mata di kedudukan pertama dan kedua sementara Malaysia ketiga (tiga mata) manakala Singapura dan Laos masing-masing di kedudukan tercorot tanpa mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
Elavarasan enggan menyalahkan faktor luaran selepas Malaysia tumpas 0-2 kepada Thailand pada aksi kedua Kumpulan B saingan bola sepak lelaki Sukan SEA 2023 di Stadium Prince hari ini. - Foto BERNAMA
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.