HANOI: Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing meraih pingat perak acara berpasukan, biarpun mengungguli hari pertama saingan Sukan SEA ke-31 berlangsung di Pusat Boling Heroworld, Vincom Megamall Royal City hari ini.
Bagaimanapun, kejayaan diraih barisan pemain muda yang membuat debut di temasya dwitahunan itu harus diberikan pujian.
Shahrukh Amin Zulkifli, Nevern Nataneel Marcellinus, Mohd Syazirol Shamsudin and Mohd Hafiz Zainuddin tidak dapat mempertahankan gelaran juara berpasukan lelaki apabila tewas kepada pasukan Filipina yang diwakili Patrick Nugui, Christian Viray, Ivan Malig dan Merwin Matheiu Tan.
Pasukan negara melakukan keseluruhan 5,162 jatuhan pin, ketinggalan 113 pin di belakang Filipina manakala Mohd Jaris Goh, Timothy Tham, Darren Ong dan Cheah Ray Han dari Singapura meraih gangsa dengan 4,963 pin.
Sementara itu, kuartet wanita Nerosha Keligit, Nur Syazwani Sahar, Nora Lyana Natasha dan Gillian Lim Siew Geok mempertahankan pingat perak dengan 4,951 pin.
Singapura yang diwakili Daphne Tan, Bernice Lim, New Hui Fen dan Cherie Tan mempertahankan pingat emas dimenangi selepas menyempurnakan 5,049 jatuhan pin manakala Putty Armein, Shinta Yunita, Sharon Limansantoso dan Tannya Roumpiper menghadiahkan pingat gangsa buat Indonesia dengan 4,843 pin.
Nur Syazwani berkata keadaan lorong pada blok kedua hari ini agak mencabar sekali gus gagal mengekalkan kedudukan teratas, namun tetap gembira dengan keputusan yang dicapai.
"Ia satu debut yang baik untuk kami. Saya sangat gembira dengan keputusan ini, terima kasih kepada MSN (Majlis Sukan Negara) kerana memberi peluang kepada saya.
"Saya telah lakukan yang terbaik, perlu terus lebih kuat. Pada Sukan SEA akan datang (edisi 2025, kerana edisi 2023 di Kemboja, sukan boling tidak dipertandingkan), sasaran peribadi saya adalah untuk menang emas acara perseorangan dan membantu pasukan mendapatkan tempat lebih baik,' katanya.
Dua hari lepas, Nur Syazwani dan Gillian menghadiahkan pingat gangsa acara berpasangan wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
Kejayaan diraih barisan pemain muda yang membuat debut di temasya dwitahunan itu harus diberikan pujian. - Gambar/ FB Bowling Malaysia
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.
Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Malaysia tambah dua emas, tamatkan cabaran di tempat keenam
Kontinjen negara berjaya menambah dua pingat emas pada hari ke-15 Sukan SEA ke-31 di sini hari ini, sehari sebelum temasya sukan dwitahunan tersebut melabuhkan tirai esok.
Sukan SEA Hanoi: Program Jom Tengok Bola jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi sukan antara matlamat dalam Program Jom Tengok Bola Harimau Muda menentang Indonesia di Restoran Syed Bistro SS6, Petaling Jaya Pada Ahad.
Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.
Sukan SEA Hanoi: Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap atlet negara terus berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan koleksi pingat di Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Pecutan bertenaga Nur Aiman Zariff sumbang emas ke-37 Malaysia
Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menampilkan pecutan bertenaga di penghujung saingan untuk merangkul pingat emas acara lebuh raya lelaki Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Ismail Sabri ucap tahniah, bangga pencapaian atlet Keluarga Malaysia
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet Keluarga Malaysia.
Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13
Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita
Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing meraih pingat perak acara berpasukan di Sukan SEA Hanoi, hari ini.