Sukan SEA Hanoi: Karate sumbang emas ke-36 kontinjen Malaysia

Bernama
Mei 20, 2022 10:48 MYT
Ketiga-tiga mata disumbangkan R. Sharmendran, S. Prem Kumar dan Sureeya Sankar Hari Sankar.- Foto Facebook Olimpic Council of Malaysia
NINH BINH (Vietnam): Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin.
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di Pusat Pertandingan Sukan di sini, hari ini.
Ketiga-tiga mata disumbangkan R. Sharmendran, S. Prem Kumar dan Sureeya Sankar Hari Sankar.
Perak menjadi milik Indonesia sementara Vietnam dan Thailand berkongsi gangsa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad karate pastikan kontinjen negara tepati sasaran 36 emas | Stadium Astro https://t.co/30gki0eBAc

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, emas ke-35 Malaysia disumbangkan atlet menembak negara Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin yang mencipta kejutan menungguli final 10 meter (m) air pistol wanita pada penampilan sulungnya di Sukan SEA pada aksi di Pusat Latihan Sukan Hanoi.
-- BERNAMA
#karate #kumite #sumbang emas #skuad kebangsaan #Sukan SEA #Hanoi #r sharmendran #S Prem Kumar #Sureeya Sankar Hari Sankar