HANOI: Atlet para negara Muhammad Ziyad Zolkefli menjadi penyelamat kem olahraga negara ke Sukan SEA ke-31 hari ini, apabila berjaya menghadiahkan satu-satunya pingat dari acara trek dan padang.
Beliau berjaya meraih pingat gangsa selepas melakukan lontaran sejauh 17.20 meter (m) di Stadium Nasional My Dinh, hanya kurang 0.09m berbanding rekod 17.29m yang dilakukannya di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London,
William Morrison III (18.14m) dari Filipina dan Jakkapat Noisri (17.32m) dari Thailand masing-masing meraih emas dan perak, manakala seorang lagi wakil Malaysia Farm Loong Deng menamatkan kempen di tempat keenam dengan lontaran sejauh 16.62m.
Muhammad Ziyad berkata kejayaan hari ini menjadi pemangkin buatnya selepas insiden kehilangan pingat emas kerana lewat tiba ke bilik panggilan ketika temasya Paralimpik Tokyo 2020 Ogos tahun lepas.
"Syukur ke hadrat Ilahi dapat gangsa hari ini, saya dah cuba yang terbaik untuk negara. Cuma boleh sumbang gangsa namun saya sangat berbangga kerana dapat bersaing dengan atlet normal.
"Saya juga gembira kerana mampu mencapai prestasi lontaran yang konsisten kerana dua tiga bulan sebelum ini, prestasi saya teruk tetapi hari ini mampu buat 17m. Apa yang terjadi di Tokyo menjadi pengajaran kepada saya, hari ini saya dah buktikan kepada negara," katanya selepas majlis penyampaian pingat.
Di Sukan SEA 2017 KL, Muhammad Ziyad meraih gangsa dengan catatan 17.12 m sebelum memperbaikinya ke pingat perak dengan lontaran 17.03m pada edisi lepas di Filipina.
Sementara itu, seorang lagi pemenang pingat perak edisi Filipina, Andre Anura Anuar terpaksa pulang tangan kosong apabila sekadar menamatkan acara lompat jauh lelaki di tempat kelima dengan lompatan 7.24m, selepas beberapa lompatannya dibatalkan berikutan kesilapan teknik lompatan.
Malaysia juga gagal mempertahankan pingat emas lompat tinggi wanita yang dimenangi oleh Yap Sean Yee apabila Ngu Jia Xin meraih tempat kelima dengan lompatan setinggi 1.65m.
Majlis penyampaian hadiah acara olahraga pada petang ini juga dihiasi dengan kenangan manis apabila juara acara lompat jauh lelaki Nguyen Tien Trong dari Vietnam melamar Nguyen Thi Phuong Trinh selepas turun dari podium.
Phuong Trinh, yang juga atlet sepak takraw Vietnam bersetuju dengan lamaran itu dengan menerima cincin dihadiahkan oleh Tien Trong.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022
Muhammad Ziyad Zolkefli bersama pingat gangsa yang dimenanginya dalam acara lontar peluru pada Sukan SEA ke-31 di My Dinh National Stadium, Hanoi. - Foto BERNAMA
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.
Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Malaysia tambah dua emas, tamatkan cabaran di tempat keenam
Kontinjen negara berjaya menambah dua pingat emas pada hari ke-15 Sukan SEA ke-31 di sini hari ini, sehari sebelum temasya sukan dwitahunan tersebut melabuhkan tirai esok.
Sukan SEA Hanoi: Program Jom Tengok Bola jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi sukan antara matlamat dalam Program Jom Tengok Bola Harimau Muda menentang Indonesia di Restoran Syed Bistro SS6, Petaling Jaya Pada Ahad.
Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.
Sukan SEA Hanoi: Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap atlet negara terus berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan koleksi pingat di Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Pecutan bertenaga Nur Aiman Zariff sumbang emas ke-37 Malaysia
Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menampilkan pecutan bertenaga di penghujung saingan untuk merangkul pingat emas acara lebuh raya lelaki Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Ismail Sabri ucap tahniah, bangga pencapaian atlet Keluarga Malaysia
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet Keluarga Malaysia.
Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13
Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita
Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing meraih pingat perak acara berpasukan di Sukan SEA Hanoi, hari ini.