HANOI: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan merebut pingat gangsa saingan bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31 di Stadium Nasional My Dinh di sini, hari ini.
Aksi 90 minit berakhir dengan keputusan 1-1 selepas Ronaldo Joybera R Junior dan penyerang gantian pasukan negara Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak, masing-masing menjaringkan gol pada babak kedua perlawanan.
Pada penentuan sepakan penalti itu, penjaga gol lawan Ernando Ari Sutaryadi muncul wira apabila menyelamatkan dua daripada lima sepakan lemah yang diambil Muhammad Hadi dan Luqman Hakim Shamsudin, sementara sepakan pemain Indonesia Asnawi Mangkualam Bahar menggegar palang.
Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut dicatat skuad bimbingan Brad Maloney dalam kempen temasya sukan dwitahunan itu, selepas kecundang di tangan Vietnam pada aksi separuh akhir Khamis lepas.
Beraksi dalam hujan dan cuaca sejuk, pasukan muda negara dilihat bergelut dalam mencipta peluang berbahaya sepanjang 45 minit pertama, sementara Indonesia kendalian jurulatih dari Korea Selatan Shin Tae Yong lebih bernafsu untuk merobek gawang dikawal Muhammad Rahadiazli Rahalim.
Indonesia memberikan amaran awal menerusi dua percubaan berbahaya di awal permainan yang menyaksikan Muhammad Rahadiazli, dipaksa bekerja keras menyelamatkan percubaan minit ketiga Ronaldo Joybera R Junior sebelum menafikan rembatan deras Witan Sulaiman pada minit kelima.
Separuh masa pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol, memaksa Maloney membuat tiga pertukaran dengan membawa masuk dua penyerang Luqman Hakim, Muhammad Hadi serta pemain pertahanan Muhammad Hairiey Hakim Mamat.
Percaturan itu membuahkan hasil apabila gerakan serangan lebih tersusun untuk memberi tekanan kepada skuad Garuda Muda yang mula goyah, sebelum Muhammad Azam Azmi Murad hampir membuka jaringan buat Malaysia pada minit ke-50 tetapi percubaannya gagal tepat ke sasaran.
Aksi semakin rancak dengan kedua-dua pasukan lebih berani mengambil risiko, sebelum giliran Indonesia hampir memecah kebuntuan pada minit ke-60, namun pemain pertahanan negara Muhammad Azrin Afiq Rusmini bertindak cemerlang mengeluarkan bola di atas garisan gol tandukan pemain lawan.
Lima minit kemudian, pemain tengah Muhammad Syahir Bashah mensia-siakan peluang keemasan meletakkan Malaysia di depan, apabila gagal memanfaatkan keadaan satu lawan satu berdepan penjaga gol Ernando Ari Sutaryadi yang menyaksikan rembatannya ditepis keluar.
Beliau kemudian sekali lagi kempunan untuk mencetak nama sebagai penjaring selepas percubaan dari luar kotak penalti pada minit ke-66 hanya menggegar palang, sebelum Indonesia akhirnya mendapat gol yang ditunggu-tunggu menerusi Ronaldo Joybera dua minit kemudian.
Malaysia yang ketinggalan tidak menyerah kalah apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-81 menerusi Muhammad Hadi yang melepaskan rembatan padu dalam kotak penalti yang terkena pemain pertahanan Rizky Ridho Ramadhani, sebelum menewaskan Ernando di gawang.
Sebagai rekod, ini merupakan edisi kedua berturut-turut skuad B-23 kebangsaan gagal meraih sebarang kilauan pingat di Sukan SEA, selepas meraih pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur sewaktu dibimbing Datuk Ong Kim Swee.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022

Beraksi dalam hujan dan cuaca sejuk, pasukan muda negara dilihat bergelut dalam mencipta peluang berbahaya sepanjang 45 minit pertama. - Gambar/ FB FAM

Perolehan tiga helikopter AW139 perkukuh keselamatan perairan negara
Dua daripada tiga helikopter itu telah diterima dan diserahkan hari ini manakala sebuah lagi dijangka tiba pada September depan.

Harga Ayam | Harga ditetapkan ambil kira semua peringkat - KPDNHEP
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, kadar harga siling ayam RM9.40 yang ditetapkan kerajaan telah mengambil kira kepentingan semua peringkat, daripada penternak hingga ke pembeli.

Panggung Wayang | Pas Kelantan kekal dengan keputusan tiada keperluan
Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri itu kerana ia bukan suatu keperluan.

Hari Kemerdekaan | Rakyatkan sambutan 'Keluarga Malaysia teguh bersama'
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa sarankan Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan pembaharuan, dengan melibatkan penyertaan di peringkat komuniti dan keluarga.

Politik | Zahid tidak minta saya tandatangan SD - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memintanya menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Kerjasama Media | Cantas pengaruh pemberitaan media asing
Kerjasama Institusi Media Malaysia dan Indonesia perlu diperkukuhkan lagi dalam usaha mencantas pengaruh pemberitaan media asing termasuk dari segi kebudayaan, isu-isu global serta berita tidak benar. Penganalisis Politik dan Media Sosial Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berpandangan, usaha itu bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara, tetapi turut mampu mengangkat kredibiliti media perdana.

Operasi SAR | Pemancing hilang ditemui selamat
Seramai 10 pemancing bersama tiga kru yang dikhuatiri hilang di laut selepas bot dinaiki mereka tidak kembali ke daratan seperti yang ditetapkan ditemui selamat. Kesemua mereka berlepas ke laut kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu dari Jeti Pengkalan Kubu Kuala Besut dan sepatutnya pulang pada Rabu.

Harga Bahan Api | Kerajaan Ecuador dan kumpulan protes capai kata sepakat
Kerajaan Ecuador dan kumpulan orang asal yang mengetuai protes selama 18 hari sebelum ini mencapai persetujuan bagi menamatkan demonstrasi di seluruh negara itu. Ia selepas demonstrasi bertukar ganas itu melumpuhkan ekonomi negara dan menyebabkan empat peserta maut ketika konfrontasi dengan polis.

Kemalangan | Pertembungan dua lori, seorang maut, seorang lagi parah
Seorang lelaki maut selepas lori tiga tan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki di Jalan Segama, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Muhamad Raziq Ikhwan, 19, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan serius.

Khutbah Arafah diterjemah ke empat lagi bahasa termasuk Tamil
Terjemahan langsung khutbah Hari Arafah, yang dianggap antara acara terpenting dalam kalendar Islam, kini diperluas dengan memasukkan empat lagi bahasa sebagai tambahan kepada 10 bahasa sedia ada.

11 atlet Kedah terima ganjaran RM21,000
Pemberian imbuhan tersebut diharapkan mampu menjadi perangsang kepada atlet-atlet lain supaya lebih gigih berlatih demi negeri dan negara.

Faizal Azumu ucap tahniah kepada 'Usain Bolt'
Ahmad Faizal turut berpesan kepada atlet itu agar tidak mengulangi kesilapan 'false start' pada separuh akhir acara 100m lelaki.

'Usain Bolt Malaysia' cemerlang SPM
Pelari pecut negara yang menerima julukan 'Usain Bolt Malaysia' memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Terengganu sampaikan insentif lebih RM80,000 kepada pemenang pingat Sukan SEA Vietnam
Insentif melibatkan wang tunai RM4,000 bagi pemenang pingat emas, perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000) dalam kategori individu.

Korea Selatan terlalu handal buat anak buah Maloney
Skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan meraih kekalahan sulung dalam kempen Kejohanan Piala Asia B-23 2022 selepas tewas 1-4 kepada juara bertahan Korea Selatan.

Ahmad Faizal gesa semua pihak, seteru politik bantu bangunkan sukan negara
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengajak semua pihak termasuk seteru politiknya Steven Sim, berhenti daripada menuding jari dan bersama-sama berganding bahu memperkasakan sukan tanah air.

Piala Asia B-23: Maloney ada sebab kekal pemain sedia ada
Maloney tetap percaya dengan kemampuan pasukannya berdasarkan aksi yang dipamerkan di Hanoi sebelum ini.

Sukan SEA: Pengkritik perlu konstruktif - Ti Lian Ker
Beliau berkata, kritikan berkaitan sasaran juga perlulah pada masa bersesuaian.

Sukan SEA Kemboja: 'Kami akan bangkit di Kemboja' - MABA
Malaysia hanya memperoleh satu gangsa dalam temasya sukan serantau itu menerusi acara 5X5 wanita dalam Sukan SEA Hanoi.

Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.